Assalamualaikum WBT.
Saya rasa ini tanggungjawab saya untuk menegakkan benang yang basah antara penyokong fanatik Malaysia dan Indonesia dalam isu sinar laser hijau dalam perlawanan yang membabitkan Malaysia dan Indonesia dalam perlawanan Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tahniah atas kemenangan yang bergaya dalam perlawanan tersebut. Tahniah juga kepada penyokong Malaysia dan Indonesia yang membanjiri stadium tersebut, dianggarkan 85,000 penyokong pada malam tersebut.
Terima kasih kepada editorial Tabloid Kosmo yang memetik posting yang lepas. Trafik percuma untuk hari ini. Tujuan pendedahan video itu sebenarnya untuk mendedahkan isu laser ini bukan hanya berlaku pada malam tersebut tetapi ‘hantu’ yang bermain laser ini sudah berada di stadium sejak perlawanan peringkat kumpulan lagi.
Saya menyeru kepada penyokong fanatik kedua dua pasukan (saya sebut fanatik kerana kumpulan ini bertindak melampau) untuk terus bersikap matang. Jika sebelum ini peminat fanatik sebuah pasukan negeri bertindak keterlaluan, akhirnya dia didenda. Cukuplah peristiwa yang mengorbankan nyawa itu berakhir di dalam negeri dan usah biarkan ia berlaku di peringkat antarabangsa. Malu kita nanti.

Pemain kedua-dua pasukan bermain dengan cantik dan bersih, tetapi kumpulan fanatik ini yang mencacatkannya. Membuat pancaran laser, menjejaskan rentak permainan dan akhirnya orang orang tidak matang ini menggunakan alasan laser sebagai punca. Sudahlah, jadilah orang yang matang.
Sukan sebenarnya dituntut untuk menjadi punca kepada perpaduan, dengan bersukan dapat mengukuhkan perpaduan antara pemain kedua-dua pasukan, penyokong dan akhirnya merapatkan hubungan diplomatik negara yang bertanding. Jika bola sepak untuk membawa kepada pergaduhan, usahlah bermain bola sepak!
P/S: Kepada semua peminat bola sepak Harimau Malaya dan Garuda, berikan sokongan yang padu dan jangan terpengaruh kepada hantu-hantu yang sebenarnya mahu merosakkan hubungan kedua-dua buah negara. Jangan ada benci ;)
P/P/S: Ini video panjang Indonesia lwn Malaysia daripada laman web rasmi AFF Suzuki Cup 2010, sila ke minit ke 4:06 untuk bukti bahawa video sebelum ini adalah suntingan penyokong fanatik Malaysia ;) Ada peminat mereka kata video ini palsu, nah!
P/P/P/S: Malaysia sudah buktikan bahawa Malaysia kalah di Indonesia kerana faktor kealpaan pertahanan. Jurulatih Indonesia turut membuat kenyataan yang sama selepas kalah kepada Malaysia Ahad lepas. Terima atau tidak, terserah anda.
Leave a Reply