Insiden perlawanan Malaysia dan Indonesia pada perlawanan Final Pertama Piala AFF Suzuki 2010 dihentikan selama lima minit pada minit ke-55 menjadi isu panas pada perlawanan tersebut selepas kerap dikomplen penjaga gol Indonesia, Markus Harison Rihihina. Kejadian tersebut memaksa kelibat Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah turun padang untuk memperbetulkan keadaan.



