≡ Menu

Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010 – Indonesia lwn Malaysia

Harimau Malaya

Kurang sejam lagi, perlawanan Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010 antara Indonesia lwn Malaysia akan berlangsung di Stadium Glora Bung Karno, Jakarta. Malam ini kita akan disajikan siapa sebenarnya yang berhak dan layak menjulang Piala AFF Suzuki.

Cerita-cerita lepas akan dilupakan oleh pemain Indonesia dan mereka akan cuba bangkit untuk mendapatkan sekurang-kurangnya empat gol pada malam ini bagi mengatasi kelebihan Malaysia. Bagi pasukan Malaysia, mereka pasti akan bermain dengan lebih berhati hati bagi mengelakkan kubu pertahanan Harimau Malaya di bocori.

Macam biasa, saya akan sediakan LIVE UPDATE perlawanan Final Kedua Piala AFF Suzuki 2010 dan Tonton perlawanan di di TV1, CH813 Supersports atau LIVE ONLINE STREAMING.

Indonesia 2 – Malaysia 1

15:00 – Indonesia memperoleh sepakan penalti tetapi gagal disempurnakan.
45:00 – Separuh masa pertama berakhir dengan kedudukan 0 – 0
53:15 – Counter attack oleh Malaysia membolehkan Safee Sali menjaringkan gol.
57:00 – S. Kunalan menerima kad kuning selepas membuat terjahan belakang.
71:45 – Nasuha menjaringkan gol pertama Indonesia.
88:00 – Ridwan menjaringkan gol kedua Indonesia selepas sepakannya terkena pertahanan Malaysia.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3