Tag: PTPTN

  • Pinjaman PTPTN 11,764 Pelajar ditukar Biasiswa

    Pinjaman PTPTN 11,764 Pelajar ditukar Biasiswa

    Sejumlah 11,764 peminjam Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) tidak perlu membayar balik pinjaman yang ditukar kepada biasiswa apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang di peringkat Ijazah Sarjana Muda.

    Pengerusi PTPTN Datuk Ismail Mohamed Said berkata ini merupakan satu penghargaan kepada para peminjam atas usaha keras dan kesungguhan mereka dalam bidang pelajaran.

    Mengenai jumlah peminjam yang telah membayar balik hutang mereka, Ismail berkata sejumlah RM3.18 bilion berjaya dikutip daripada 759,526 peminjam.

    Selain itu, sejak 31 Mac lalu, seramai 25,138 peminjam yang disenarai hitam datang berunding dengan PTPTN serta membayar balik dengan kutipan berjumlah RM178.9 juta, katanya. — Bernama

  • Bantuan PTPTN: Terlupa Kata Laluan

    Bantuan PTPTN: Terlupa Kata Laluan

    Talian Bantuan, Aduan dan Pertanyaan PTPTN

    Ramai pemohon pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mengalami masalah dengan akaun mereka mencari bantuan di Internet. Paling kurang mencari jawapan kepada masalah mereka. Semalam, salah seorang pemohon menghantar SMS kepada saya meminta bantuan. Daripada SMS yang diterima, nampaknya seperti terdesak.

    Masalah yang saya nampak dalam situasi ini ialah kata laluan yang digunakan adalah silap. Jadi, anda boleh menggunakan kemudahan ‘Terupa Kata Laluan‘ untuk set semula kata laluan anda. Jika masih tercari-cari dimana letaknya pautan tersebut, anda boleh klik di sini untuk set semula kata laluan PTPTN.

    (more…)

  • PTPTN akan henti pinjaman pelajar catat PNGK bawah 2.0

    Berita Harian hari ini melaporkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) akan menghentikan pinjaman pelajar yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 2.0 ke bawah. Anggota Lembaga Pengarahnya, Datuk Tajul Urus Md Zain, berkata tindakan itu bagi memastikan pelajar yang komited dengan pelajaran sahaja diberikan pinjaman.

    Sehubungan itu, Tajul Urus menasihati pelajar berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menghampakan ibu bapa dan kerajaan yang memberi pinjaman bagi membolehkan mereka meneruskan pengajian.

  • Semakan Permohonan PTPTN 2011 Hari Ini

    Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan status permohonan pinjaman pembelajaran melalui e-mail dan laman web mereka.

    Semua pemohon telah dihantar satu SMS ringkas bahawa permohonan sudah diterima dan diproses dan para pemohon perlu mencetak semua borang dan maklumat penting melalui sisipan e-mail yang telah dihantar.

  • Bayar PTPTN guna Emas

    Bayar PTPTN guna Emas

    Emas 999Hari ini selesai satu lagi kelas coaching laman web yang saya sediakan kepada rakyat negeri Perlis. Alhamdulillah. Duit yuran tu akan digunakan untuk meneruskan lagi perjuangan dalam menempuh semester depan. Bila dikaji, semester depan sememangnya memerlukan Adam untuk melabur lebih banyak wang dalam banyak aspek. Berbalik kepada tajuk, biasanya pelajar atau mahasiswa akan meneruskan semester mereka dengan ditanggung oleh pinjaman PTPTN (sekarang kos pentadbiran dikurangkan kepada 1%). Tetapi, tidakkah menjadi beban pada masa depan yang duit pinjaman ini perlu dibayar kelak?

    Hari ini saya berkenalan dengan satu pelaburan yang sudah lama terkenal di Malaysia iaitu pelaburan emas. Ya, emas dan dinar. Saya terjumpa satu artikel yang ditulis dimana penulisnya menyarankan kita sebagai peminjam PTPTN untuk bijak menggunakan wang pinjaman untuk membeli emas. Fahami potongan ayat di bawah.

    Tips pada kali ini ialah, laburkan 20%-30% wang pinjaman setiap semester kepada emas. Mengapa saya pilih emas? Ini kerana emas merupakan aset dan pelaburan yang mempunyai security yang paling tertinggi dan selamat di dalam kelasnya.
    (more…)

  • Tukar Kadar Pinjaman PTPTN ke 1%

    PTPTN dalam proses untuk menawarkan pertukaran pinjaman (3%) kepada pembiayaan pendidikan ujrah (1%) secara berperingkat mulai 11 November 2010. Jika anda merupakan peminjam PTPTN mulai 2008, sila bertindak segera dengan mendaftar di sini, kemaskini maklumat yang diminta, mencetak dan menandatangani dokumen tawaran yang dihantar ke alamat emel peminjam dan menghantar dokumen tawaran yang lengkap kepada PTPTN dalam tempoh tiga bulan daripada tarikh tawaran.

    (more…)