Tag: keputusan badminton

  • Koo/Tan gagal mara ke final, Azizulhasni langkah kanan

    Pemain beregu nombor lapan dunia, Koo Kien Keat/Tan Boon Heong terlepas slot ke final selepas kalah kepada pemain beregu lelaki terkemuka dunia, Cai Yun/Fu Haifeng dari China dalam perlawanan badminton separuh akhir Olimpik 2012.

    Dalam perlawanan yang berlangsung di arena Wembley di sini hari ini, gandingan Malaysia kalah 9-21, 19-21 dalam 36 minit.

    Bagaimanapun Koo/Tan masih berpeluang membawa pulang pingat gangsa apabila mereka berdepan pasangan dari Korea Selatan, Chung Jae Sung/Lee Yong Dae dalam penentuan tempat ketiga esok. – BERNAMA

    Sementara itu, ‘Pocketrocketman’ Azizulhasni Awang membuka kempen acara pecut berbasikal trek dengan meyakinkan apabila menewaskan pelumba China, Zhang Miao pada pusingan pertama sebentar tadi.

    Terdahulu, Azizulhasni menduduki ranking ke-11 selepas mencatat 10.226 saat dalam pusingan kelayakan.

    Pelumba harapan negara itu akan kembali ke velodrom pada pukul 11.35 malam ini bagi pusingan kedua, mencari tempat ke suku akhir esok. – UTUSAN

  • Lee Chong Wei Mara Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011

    Malam ini Datuk Lee Chong Wei telah melakar sejarah peribadinya apabila melayakkan diri ke peringkat Akhir Kejohanan Badminton Dunia 2011.

    Rakyat Malaysia menyaksikan perlawanan yang mengambl masa cuma 44 minit ini menerusi siaran langsung di TV2 yang dibawakan khas dari kota London. Pada perlawanan tersebut, Lee Chong Wei menang mudah keatas Chen Ji (China) dengan straight set, 21-13, 21-9 walaupun diberikan tentangan sengit pada perlawanan set pertama.

    Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Lee Chong Wei dan semoga semangat Malaysia Boleh akan terus disemarakkan dalam perlawanan akhir nanti.