≡ Menu

Fakhri Saarani Sah Bersama Kelantan April Ini

Fakhri Saarani Sah Bersama Kelantan April Ini

Lagi berita menarik tentang dunia bola sepak tempatan apabila Tan Sri Annuar Musa semalam mengumumkan bahawa penyerang skuad kebangsaan, Ahmad Fakhri Saarani (Ahmad Fakhri Shaarani) akan meyarung jersi pasukan The Red Warrios itu selepas sekembalinya daripada Kelab Atheletico SC di Portugal.

Berikut adalah petikan pengumuman tersebut di fanpage Tan Sri Annuar Musa,

Ahmad Fakry Saarani Penyerang kebangsaan yg kini sedang beraksi bersama KELAB ATHLETICO SC DI PORTUGAL disahkan telah menandatangani kontrak dengan pasukan TRW…semua rundingan antara KAFA/ATHLETICO/FAKRY telah selesai kelmarin dan KONTRAK YG BERMULA APRIL INI TELAH DISEMPURNAKAN MELALUI WAKIL KEDUA PIHAK DI PORTUGAL..KEHADHIRAN FAKRY AKAN MEMPERKASAKAN LAGI JENTERA SERANGAN TRW YG KINI TURUT MEMILIKI DIMI PETRATOS DAN DICKSON NWAKAEMI…..FAKRY DI JANGKA PULANG KE TANAHAIR MAC INI SEBAIK SAJA TAMAT LIGA DI PORTUGAL…THIS IS KOTA BHARU!!!!WELLCOME HOME FAKRY..Fakry adalah anak kelahiran kota bharu…ic 03!!

Pada masa yang sama beliau mengumumkan Dimi Petratos dan Dickson Nwakaemi akan beraksi bersama pasukan Kelantan pada saingan Piala AFC minggu hadapan.

Dimi PETRATOS AKAN BERTOLAK PULANG DARI BLACKBURN ENGLAND LUSA DAN MENYERTAI TRW UTK SAINGAN AFC CUP MINGGU DEPAN..BELIAU AKAN BERAKSI BERSAMA DICKSON NWAKAEMI ,LEK KCIRA DAN OBINNA..YG TERBAIK KALANGAN 5 import kita AKAN BERAKSI DLM LIGA M MULAI APRIL…

Kelantan ketika ini menduduki tempat ketujuh dengan 10 mata dalam saingan Liga Super 2013 dengan dua kemenangan, empat seri dan dua kekalahan.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3