Masuk bulan Julai, Saya update sikit berita pasal harga emas. Seperti dijangka, hari ini Berita Harian mengumumkan bahawa komoditi emas akan terus meningkat dan mencecah sehingga RM202.57 segram menjelang 2014. Teruskan bacaan dengan laporan oleh Mahanum Abdul Aziz.

HARGA emas dijangka meneruskan aliran meningkatnya sehingga mencecah AS$2,100 seaun atau AS$67.5 (RM202.57) segram menjelang 2014, meningkat 33 peratus berbanding harga semasa AS$1,527.2 (RM) atau AS$49.1 (RM147.32) segram susulan permintaan kukuh pengguna serta pelabur global.
Ketua Strategi Pelaburan Standard Chartered Bank (Stanchart), Steve Brice, berkata menjelang awal tahun depan, harga emas dijangka meningkat melepasi paras AS$1,600 seaun atau AS$51.4 (RM157.34) segram, 4.3 peratus lebih tinggi berbanding harga semasa.
