Blog

  • Pengecualian setem duti 50% beli rumah pertama

    diskaun duti setem

    Dalam Belanjawan 2013 lepas, kerajaan meneruskan pengecualian duti setem 50% bagi pembelian rumah pertama. Mula diperkenalkan pada Belanjawan 2008, pembeli boleh mendapatkan diskaun bagi pembelian hartanah sehingga nilai RM400,000 bermula Januari 2013 sehingga 31 Disember 2014.

    Menurut entri di Property Waltz, jika anda sudahpun memiliki hartanah tetapi belum menuntut pengecualian/diskaun ini, anda masih boleh berbuat demikian untuk pembelian hartanah seterusnya sebelum berakhirnya Disember 2014.

    (more…)

  • (Video) iamNeeta – Relakan Jiwa (Cover)

    Menjelang Konsert Taylor Swift 11 Jun nanti, Cornetto sedang mencari kumpulan yang akan membuat persembahaan pembukaan. iamNeeta antara yang dicalonkan selain daripada Mark Adam, Narmi, Deanna Hussin dan Diandra Arjunaidi.

    Jika anda mahu iamNeeta membuat persembahan pembukaan pada 11 Jun nanti, undilah mereka di sini.

  • Perempuan dalam Pasungan (Astro Prima)

    Kisah sepasang kekasih Farid dan Fariena yang terpaksa berpisah kerana tekanan dan asakan dari Farah sahabat mereka yang merasakan mereka tidak sesuai hidup bersama. Namun dalam usaha untuk kembali bersama untuk selamanya, Farid telah dahulu dijodohkan oleh keluarganya dengan Alissya. Maka bermulalah konflik perebutan hak ke atas sebuah cinta yang bertukar tangan.

    (more…)

  • Urutan Peristiwa Kehilangan Penerbangan MH370, 8 Mac – 5 April 2014

    KUALA LUMPUR, 6 April (Bernama) — Pencarian pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang masuk hari ke-30 hari ini, terus dipergiat dan menyaksikan lebih banyak aset ketenteraan digerak ke selatan Lautan Hindi, termasuk pesawat C-130 Hercules ketiga milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

    Berikut kronologi insiden kehilangan MH370:

    * 8 Mac – Pesawat MH370, jenis Boeing 777-200, membawa 239 penumpang dan anak kapal berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 pagi dan dijadual mendarat di Beijing, China pada 6.30 pagi hari yang sama.

    * 8 Mac – Pesawat MH370 dilaporkan hilang daripada radar awam Jabatan Penerbangan Awam Malaysia (DCA) pada 1.30 pagi 120 batu nautika di timur perairan Kota Baharu, Kelantan.

    (more…)

  • Yem Rempit di Astro Warna

    Yem Rempit

    Sebuah sitkom mengisahkan bekas mat rempit, Yem, bekerja di restoran Batu Giling, milik Hj Endut. Cita-cta Yem ingin menjadi penyanyi dan memikat Biah, anak kepada Hj Endut.

    Lakonan Ajak Shiro (Yem), Ebby Yus (Jusoh), Arin Rajalawak (Deris Kole), Sharifah Sakinah (Biah), Riz Amin (Inspektor Haron), Aina Suzaily (Noi), Sazali Sobri, dan M.Hitler Zami (Remy).

    (more…)