≡ Menu

Pengecualian setem duti 50% beli rumah pertama

diskaun duti setem

Dalam Belanjawan 2013 lepas, kerajaan meneruskan pengecualian duti setem 50% bagi pembelian rumah pertama. Mula diperkenalkan pada Belanjawan 2008, pembeli boleh mendapatkan diskaun bagi pembelian hartanah sehingga nilai RM400,000 bermula Januari 2013 sehingga 31 Disember 2014.

Menurut entri di Property Waltz, jika anda sudahpun memiliki hartanah tetapi belum menuntut pengecualian/diskaun ini, anda masih boleh berbuat demikian untuk pembelian hartanah seterusnya sebelum berakhirnya Disember 2014.

Loyarkita menerangkan, duti setem dibayar berasaskan kepada harga harta tanah tersebut atau nilai pasarannya, yang mana Iebih tinggi. Perkara ini diperuntukkan di bawah Jadual Pertama Akta Setem, 1949 (Akta 378). Kadar duti dikira seperti berikut:

  • 1% bagi RM100,000 pertama;
  • 2% bagi RM400,000 berikutnya; dan
  • 3% untuk RM1,500,000.00 yang seterusnya
  • 4% yang selebihnya

Contoh:
Bagi rumah yang dibeli dgn harga RM250,000
= (RM100,000 x 1%) + (RM150,000 x 2%) = RM4,000

Bagi rumah yang dibeli dgn harga RM900,000
= (RM100,000 x 1%) + (RM400,000 x 2%) + (RM400,000 x 3%) = RM21,000

* Untuk kiraan lain, sila gunakan kalkulator setem duti yang disediakan oleh e-Lawyer.
* Duti setem adalah sebahagian daripada kos guaman untuk pinjaman dan SPA/SNP. Untuk kiraan lanjut beserta contoh boleh dilihat di entri Kos Beli Rumah ini.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment