Blog

  • Michelle Obama sokong kempen #BringBackOurGirls


    Kehilangan hampir 300 pelajar dari sebuah sekolah di pedalaman Nigeria mendapat perhatian bukan sahaja rakyat dan pemimpin Nigeria, tetapi juga orang ramai dari seluruh dunia. Terbaru isteri presiden amerika syarikat, Michelle Obama tidak melepaskan peluang menyumbang sokongan bagi kempen “Bring Back Our Girls”. Michele berkongsi foto beliau sambil memegang kertas dengan bertulis “#Bring Back Our Girls” di media sosial. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • Reaksi nasi goreng pedas


    Nampaknya orang Malaysia tidak mengambil serius terhadap laporan yang dibuat warga Singapura itu. Sebaliknya mereka menganggap ia satu jenaka. Hanya di Malaysia perkara ini boleh berlaku. Sila layari http://www.astroawani.com untuk berita selanjutnya.

  • Warga Singapura buat aduan polis sebab nasi goreng pedas


    Apa tindakan anda jika nasi goreng yang anda beli dari gerai kegemaran dimasak terlampau pedas? Tambah kicap? Tambah gula? Buang saja nasi goreng itu? Atau mungkin, repot polis??? Sedang tersebar di media sosial kini adalah salinan laporan polis seorang warga Singapura yang berang nasi gorengnya terlalu pedas.

  • 10% daripada 1 bilion gunakan Kit Kat

    Terlampau banyak pengeluar peranti mudah alih yang menggunakan Android menyebabkan sistem operasi Android Kit Kat tidak dapat penggunaan yang meluas. Selepas enam bulan dilancarkan, hanya sepuluh peratus daripada lebih satu bilion peranti Android menggunakan sistem itu.

    Android Kit Kat hanya boleh digunakan pada telefon tertentu sahaja. Sehingga kini, Android 4.1 Jelly Bean menguasai pasaran Android dengan 33%.

  • Tesco bakal lancar telefon pintar hujung tahun ini

    Pasaraya Tesco banyak mengeluarkan produknya sendiri dan hari ini di United Kingdom, laporan menyebut Tesco merancang untuk mengeluarkan telefon pintarnya hujung bulan ini.

    Telefon ini akan menggunakan perisian Android dan untuk pasaran UK sahaja. Sebelum ini Tesco memasarkan tablet Hudl dan jualan mencecah 500 juta.

  • Belajar memasak secara santai di Kuali Terbalik

    Belajar memasak secara santai di Kuali Terbalik

    Sebuah program baru yang menggabungkan elemen drama, komedi dan program masakan dalam satu rancangan. Setiap episod akan menampilakan spoof daripada drama terbaik Astro dan juga filem box office.

    Tonton Kuali Terbalik setiap Isnin jam 10 malam di Astro Warna. Jika terlepas, klik untuk menonton.