Blog

  • TV3 Memfitnah Sultan dan Kerajaan Kedah?

    Salam. Sesekali ingin juga menyertai dan menghantatkan topik yang sedang panas pada masa kini. Selain daripada masalah politik dan kisah peralihan pucuk pimpinan negara, seluruh rakyat Malaysia terkejut dengan tindakan membabi buta pihak media — TV3 telah memfitnah Sultan Kedah Darul Aman.

    Dalam Buletin Utama 10 Julai 2008 telah menyiarkan laporan daripada seorang penonton yang telah menghantar video yang menunjukkan Menteri Besar Kedah, Ustaz Azizan Abdul Razak dan rombongan Diraja yang diketuai Tunku Bendahara Kedah yang disertai isterinya selain Ketua Istiadat Istana Datuk Saad Endut ke Brunei bagi tujuan menyembah titah mengundang Sultan Brunei ke majlis ambutan Jubli Emas Pemerintahan Sultan Kedah pada Selasa depan dan mempertikaikan langkah Istana Kedah itu yang dianggap sebagai membazir. Agensi berita Bernama melaporkan bahawa Kerajaan Negeri Kedah terpaksa menggunakan khidmat jet yang disewa tersebut kerana kesuntukan masa.

    (more…)

  • Fad, Salam Kelahiran ke-19!

    Fad, Salam Kelahiran ke-19!

    Salam.

    Entri ini diwujudkan sempena Hari Kelahiran saudara Fad yang merupakan rakan DMC3E. Sempena sambutan ini, DMC3E sekali lagi telah mengadakan majlis ringkas untuk meraikan hari lahirnya di Wakaf Blok A berhampiran tasik. Berikut adalah gambar yang berjaya dirakamkan ketika parti sedang berlangusng. Antara yang hadir pada petang tadi ialah yang dirai, Fad, Jaz, Adam, Kechik, Acud, Ima, Icha, Azza, Fatin, Lina, Dayah, Yaya, Kam Kam, Pdi, Shie dan Yus.

  • Kembali ke Melaka

    Salam. Sedar tak sedar Adam dah tiga hari berada di bumi Melaka. Esok, 07 Julai 2008 akan bermulanya sesi pengajaran bagi Semester 3 bagi semua penuntut UiTM seluruh Malaysia. Nampaknya semester ini lebih meriah dengan kehadiran saudara Naqib dan juga sekembalinya saudara Amer untuk meneruskan pembelajaran di menara gading.

    Harini Adam join Hafiz, Aliff aka Cha dan Naqib ke town untuk membeli sedikit barang dan persediaan untuk hari esok. Kami juga turut mengadakan pertemuan dengan pelajar SMK Derma di Melaka. Antara yang ada petang tadi ialah Syed Nabil, Idham Qamil dan Jailani. Jailani baru sahaja menjadi ahli baru warga SMK Derma di Melaka kerana telah melanjutkan ke Universiti Teknikal Melaka bersama Idham dan juga Ashraf aka Guu.

    Masa petang banyak dihabiskan di Jusco dan MP untuk membeli keperluan untuk hari esok. Rasanya tiada gambar untuk posting ringkas kali ini. Terima kasih kepada Che Din, Syafa  dan Amran yang telah menghantar kata-kata semangat kepada Adam.

    Ingat-ingat itu remember,
    Jangan lupa itu don’t forget,
    Saya sayang awak, i love u Putra Rovers..

  • Ombak dan Pantai

    Ombak dan Pantai

    Aku ingin menjadi seperti ombak & pantai..
    Walau ada pasang surut, gelora melanda, mereka tetap bersama..
    Tiada siapa yang boleh memisahkannya, sentiasa setia…
    Ombak selalu mengejar pantai, pantai setia menunggu ombak walaupun sakit dipukul ombak…
    Kita lahir dengan satu hati yang jauh didalam diri kita…
    Mengingatkan kita pada penghargaan & pemberian CINTA…
    Diharapkan berasal daripada hati yang paling dalam…
    Belajar untuk mencintai & menikmati betapa kita dicintai…
    Tetapi jangan pernah mengharapkan org lain untuk mencintai kita sepertimana kita mencintai dia…
    CINTA tak semestinya bersatu…
    Tetapi cukuplah kita pernah memiliki CINTA orang yang kita cintai itu….

    * Gambar hiasan: Teluk Gong, Melaka

  • Semoga Abadi

    Semoga Abadi

    Semoga Abadi

    Misha Omar – Semoga Abadi

    Kau datang bagaikan mimpi
    Kau hadir tak sedari
    Sekian lama ku nanti
    Kau di sini

    Mungkin kehendak Ilahi
    Segalanya ku jalani
    Biar lelap tidurmu
    Dipelukku

    Cinta ini
    Ku persembahkan
    Setulus hati kasih
    Kepadamu
    Seandainya engkau mengerti
    Hanya kau yang ku miliki
    Dalam hidupku

    Kasih sayang ini
    Semoga abadi
    Kan ku bawa sampai akhir nanti

    Streaming

    [audio:http://www.rs.com.my/data/Misha_Omar_XterdotOrg_Semoga_Abadi.mp3]
  • Reviu Cuti Semester 01/2008!

    Akhirnya Adam berpeluang untuk menulis di blog ini dengan penuh ketenangan. Banyak perkara menarik telah berlaku sepanjang cuti semester Mei – Jun yang sememangnya akan menjadi kenangan dan tidak akan dilupakan oleh Adam.

    Sebagai ringkasan, adakah mudah sekiranya semua aktiviti dan kenangan manis dan pahit akan Adam coretkan dalam garis masa di bawah.

    11 Mei 2008 – Bermulanya cuti semester. Adam dan Hafiz serta rakan yang lain pulang ke Perlis.
    17 Mei 2008 – Bersama Putra Rovers membuat gotong royong di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
    19 Mei 2008
    – Adam bersama rakan ke Pulau Pangkor. Klik untuk cerita.
    21 Mei 2008 – Pulang dari Pulau Pangkor.
    25 Mei 2008 – Bersama ahli Putra Rovers ke Alor Setar sempena Hari Keluarga Putra Rovers 2008.
    30 Mei 2008 – Kursus Kelana dan Kursus Manikayu Kelana Peringkat I di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
    04 Jun 2008 – Harga Petrol dan Diesel diumumkan naik kepada RM 0.70 dan RM 1 seliter.
    06 Jun 2008 – Adam dan rakan ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah.
    07 Jun 2008 – Adam dan rakan ke Sungai Sedim untuk lawatan ahli Putra Rovers yang menyertai Kursus Asas Kayak Peringkat Negeri Perlis 2008.
    08 Jun 2008 – Adam dan rakan ke Pesta Orkid Peringkat Kebangsaan 2008 bersama Mr. Ho Thean Sung.
    11 Jun 2008 – Adam dan rakan Reflector Studio ke berkonvoi Pulau Pinang.
    13 Jun 2008 – Merchandise Reflector Studio – Stiker telah berjaya dicetak dan diedar kepada ahli.
    17 Mei 2008 – Adam dan rakan ke Kuala Lumpur.
    20 Mei 2008 – Adam dan rakan ke Cameron Highlands.
    22 Mei 2008 – Adam dan rakan Putra Rovers ke Puncak Janing, Kedah.
    23 Mei 2008 – Pendaftaran Reflector Studio dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Reflector Studio kini berstatus syarikat berdaftar di bawah SSM.

    Kebanyakkan aktiviti Adam semasa cuti adalah berada di sekitar Kangar, Kuala Perlis dan Alor Setar disamping Changloon dan Jitra. Ada beberapa lagi aktiviti yang mungkin tidak dimasukkan atas alasan terlalu remeh. Nanti Adam akan masukkan gambar untuk aktiviti berkaitan. Salam.