Blog

  • Gathering Reflector Studio 02/08

    Gathering Reflector Studio 02/08

    Assalamualaikum WBT.

    Pada Sabtu lepas, 2 Ogos 2008 warga Reflector Studio telah mengadakan gathering untuk kali kedua di Cheras, KL pada tahun ini. Gathering ini disertai oleh sebahagian ahli Reflector Rovers dari Melaka, Bangi, Ipoh dan Perlis.

    RS dan PR di Kg. Baru

    Reflector Studio dan Putra Rovers di Kg. Baru ketika aktiviti makan malam.

    Antara aktiviti menarik sepanjang gathering ringkas ini ialah makan-makan, round KL, ke PC Fair KLCC dan melepak di Bukit Permai. Walaupun sibuk dengan assignment dan perkara lain, namun semua ahli Reflector Studio dapat berkumpul dan meluangkan masa untuk bertukar-tukar pendapat setelah lebih sebulan tidak bertemu.

    Antara yang hadir semasa gathering tersebut ialah:

    Melaka – Adam, Hafiz, Bugis, Amer
    Ipoh -Nu’man
    Bangi – Afiq
    Perlis – Fakhrul, Amran, Lan, Mart
    Tuan Rumah – Che Din

    Terima kasih kepada Che Din kerana sekali lagi telah memberi tempat tidur yang amat selesa di rumahnya di Taman Cheras Indah. Semoga kita bertemu lagi.

  • Selamat Bulan Ogos!

    Selamat Bulan Ogos!

    Salam.

    Sedar tak sedar, dalam mengejar masa dari pagi ke petang, petang ke malam rupa-rupanya Adam tak sedar yang bulan Julai telah pun melabuhkan tirainya dan diganti dengan bulan Ogos. Sudah empat minggu lebih Adam berada di bumi Melaka. Apa yang Adam buat sepanjang bulan Julai lepas?

    1. Mungkin minggu pertama Adam berada di sini. Menghabiskan masa bersama rakan-rakan sebilik, selevel dan seblok serta sekelas. Mungkin juga.
    2. Minggu kedua Adam telah berada di Melaka juga. Tapi tidak pasti di mana. Mungkin di bandar, mungkin juga di dalam bilik.
    3. Minggu ketiga? Adam bersama dengan Aliff aka Cha ke Cheras untuk mendapatkan sebuah Canon EOS 450D di Pertama Complex.
    4. Minggu keempat mungkin Adam telah berada di Dewan Bendahara mendengar ceramah yang disampaikan oleh Proffesor Izzudin Hj Ali (Prof Izzi) dan menerima tandatangan ekslusif daripada beliau. Lalu keluar outing untuk berfoto di Bandaraya Melaka.

    Maaf, gambar menggunakan kamera 2MP Nokia 6233. Cukup setakat ini. Blog ini nampaknya telah ada sarang labah-labah. Mungkin akibat terlalu lama tidak membuat posting, lalu si labah-labah berani membuat sarang di sini. Hm, disamping tu banyak kejadian aneh berlaku di UiTM Melaka. Adakah di sini telah kurang tahap keselamatannya yang diganggu oleh makhluk hutan? Lupakan juga tentang itu, yang penting kita perlulah teruskan beramal. Oh, sempena bulan Ogos, themes juga baru! Lebih berwarna-warni dan ada seekor ladybird di hujung sana!

  • Program Bicara Motivasi UiTM Melaka 2008

    Salam.

    Sekadar posting ringkas untuk minggu ini. Minggu ini seperti minggu-minggu biasa, sibuk dengan jadual harian yang padat. Dan pada hujung minggu – Sabtu, Adam dan pelajar part 3 dan part 1 Mass Comm telah menghadiri satu Program Bicara Motivasi di Dewan Bendahara, UiTM Melaka. Tajuk motivasi pada hari tersebut ialah “Pembentukan Personaliti Remaja” oleh Prof. Madya Hj. Md. Izuddin bin Hj. Ali dan sesi forum “Impak Sosiobudaya Terhadap Pelajar Masa Kini”.

    Perkara yang menarik pada hari tersebut bukanlah tentang tajuk motivasi dan perbincangan, tetapi yang lebih penting ialah Adam dapat bersama Prof. Izzi Hj. Ali di atas pentas di hadapan lebih 800 orang pelajar Mass Comm. Ini adalah pengalaman baru kerana sebelum ini Adam tidak pernah untuk ‘menonjol’ seperti kejadian yang lepas.

    Oleh kerana kedudukan Adam adalah di barisan paling hadapan, mungkin itulah puncanya beliau memanggil Adam untuk ke pentas dan bertanyakan soalan. Walaupun agak nervous tetapi masih dapat mengawal diri :)

    Sebagai tanda penghargaan, beliau telah memberikan sekeping RM1 yang ditandatanganinya secara ekslusif!

  • Model Shooting Luarbiasa

    Model Shooting Luarbiasa

    Selalunya bila sebut tentang model shooting, pasti akan ada seorang dua gadis yang akan menjadi model untuk aktiviti shooting. Akan tetapi, lain pula yang berlaku dalam kalangan krew TintaCreativeKL yang langsung tidak menggunakan perkhidmatan model gadis yang ‘hot’ untuk menjadi penarik dalam gambar mereka. Gambar di atas sekadar menggantikan posing ala maut yang selalu dipose oleh gadis-gadis :)

    Sedikit petikan hadis untuk gadis-gadis di luar sana; hayatilah..

    “Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.”

    Riwayat Bukhari dan Muslim.

    Kredit: Syakir Zainol Fotopages

  • Ingat Lima Perkara

    Ingat lima perkara sebelum lima perkara; Muda sebelum tua, Kaya sebelum miskin, Lapang sebelum sempit, Sehat sebelum sakit, Hidup sebelum mati…

    Ingat! Kata Imam Hasan Al Bashri. “Dunia ini hanylah 3 hari. Hari kemarin yang sudah berlalu, dan kita tidak mampu lagi untuk merubahnya. Hari esok, adalah misteri yang kita tidak tahu apakah kita akan masih memiliki kesempatan didalamnya. Dan hari ini, kesempatan untuk kita melakukan amal soleh. Maka,beramallah sebanyak-banyaknya.”

  • TV3 lakukan ‘jenayah media’, sebar fitnah

    Berikut adalah laporan berita berkaitan kejadian fitnah kepada rombongan Sultan Kedah ke negara Brunei. Diharap pihak TV3 mengambil tindakan untuk memohon maaf atas kesalahan mereka agar kepercayaan rakyat terhadap TV3 tidak hilang. Adalah penting pihak yang mempunyai pengaruh dalam media untuk mempunyai kepercayaan rakyat dan memberi rakyat maklumat yang tulus.

    KUALA LUMPUR, 12 Julai (Harakah) –Tindakan dan keghairahan media perdana di negara ini dalam menyiarkan berita-berita yang boleh memgambarkan keburukan pemimpin kerajaan negeri yang diperintah selain daripada Barisan Nasional (BN) amatlah dikesali.