Akhirnya Adam berpeluang untuk menulis di blog ini dengan penuh ketenangan. Banyak perkara menarik telah berlaku sepanjang cuti semester Mei – Jun yang sememangnya akan menjadi kenangan dan tidak akan dilupakan oleh Adam.
Sebagai ringkasan, adakah mudah sekiranya semua aktiviti dan kenangan manis dan pahit akan Adam coretkan dalam garis masa di bawah.
11 Mei 2008 – Bermulanya cuti semester. Adam dan Hafiz serta rakan yang lain pulang ke Perlis.
17 Mei 2008 – Bersama Putra Rovers membuat gotong royong di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
19 Mei 2008 – Adam bersama rakan ke Pulau Pangkor. Klik untuk cerita.
21 Mei 2008 – Pulang dari Pulau Pangkor.
25 Mei 2008 – Bersama ahli Putra Rovers ke Alor Setar sempena Hari Keluarga Putra Rovers 2008.
30 Mei 2008 – Kursus Kelana dan Kursus Manikayu Kelana Peringkat I di Kem Pengakap Sungai Batu Pahat, Perlis.
04 Jun 2008 – Harga Petrol dan Diesel diumumkan naik kepada RM 0.70 dan RM 1 seliter.
06 Jun 2008 – Adam dan rakan ke Kolam Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah.
07 Jun 2008 – Adam dan rakan ke Sungai Sedim untuk lawatan ahli Putra Rovers yang menyertai Kursus Asas Kayak Peringkat Negeri Perlis 2008.
08 Jun 2008 – Adam dan rakan ke Pesta Orkid Peringkat Kebangsaan 2008 bersama Mr. Ho Thean Sung.
11 Jun 2008 – Adam dan rakan Reflector Studio ke berkonvoi Pulau Pinang.
13 Jun 2008 – Merchandise Reflector Studio – Stiker telah berjaya dicetak dan diedar kepada ahli.
17 Mei 2008 – Adam dan rakan ke Kuala Lumpur.
20 Mei 2008 – Adam dan rakan ke Cameron Highlands.
22 Mei 2008 – Adam dan rakan Putra Rovers ke Puncak Janing, Kedah.
23 Mei 2008 – Pendaftaran Reflector Studio dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Reflector Studio kini berstatus syarikat berdaftar di bawah SSM.
Kebanyakkan aktiviti Adam semasa cuti adalah berada di sekitar Kangar, Kuala Perlis dan Alor Setar disamping Changloon dan Jitra. Ada beberapa lagi aktiviti yang mungkin tidak dimasukkan atas alasan terlalu remeh. Nanti Adam akan masukkan gambar untuk aktiviti berkaitan. Salam.
Other articles you might like;
Sila check tarikh.. Ada yang tak kena