Blog

  • Maxis perkenal pelan Blackberry Playbook

    Maxis perkenal pelan Blackberry Playbook

    Blackberry Playbook

    Penantian rakan-rakan untuk mendapatkan Blackberry Playbook akan berakhir dimana Maxis Malaysia menawarkan pelan Internet Blackberry Playbook yang pertama di Malaysia.

    Playbook yang dikuasakan denga 1 GHz dual-core processor dan 1GB RAM, kamera 1080p HD forward-facing (3MP) and rear-facing (5MP) dan skrin selebar 7″ LCD display, 1024 x 600 screen resolution dengan sokongan terbina dalam HTML 5.

    Harga Blackberry Playbook yang dijual oleh PDA Gadget adalah RM1480 untuk 16GB. Klik sini untuk maklumat lanjut.

  • Review Maharaja Lawak Minggu 12 Johor Baharu

    Sepah Maharaja Lawak, Nabil Maharaja Lawak, R2 Maharaja Lawak, Jozan Maharaja Lawak

    Gelanggang dibuka dengan persembahan bertenaga Sepah.

    Nabil dengan lawak penjual DVD cetak rompak menggunakan filem filem tempatan untuk membuat humor seperti mengubah nama filem terkenal kepada versi Maharaja Lawak seperti Mail Lambung Kena Lambut. Sebagai penutup, AC sebagai polis menyerbu dan dengan tiba tiba Nabil mentransformasikan gerai DVD kepada gerai otak otak.

    R2 menampilkan lawak bersantai semasa memancing dan berbincang tentang perancangan untuk berkahwin; dan kebanyakkannya adalah lawak kitar semula. Apa yang kelakar ialah apabila datuk membeli burger dan si nenek terpaksa menunggu turn sebelum makan burger kerana berkongsi gigi palsu.

    Minggu lepas Jozan dengan TV, malam ini di konti radio. Zizan sebagai DJ Fadzil diserang oleh Along yang datang mengutip hutang. Johan ala ala Taiko Oh Yeah datang menggeletek hati dengan setiap apa yang dilontarkan oleh Johan. Tahniah Jozan. Menang first round?

    Legend Jambu datang dengan membawa kuiz Siapa Salah dia Menang, tetapi menurut juri Ahmad Idham mereka tidak sesuai dengan lawak jenis ini dan mengharapkan suatu yang lebih hebat. Yus memainkan dua watak sebagai peserta. Walaupun menarik tetapi agak meleret.

    Pusinga kedua Sepah digandingkan dengan Yassin, dalam rancangan Manisnya Kurma Ini. Shuib dan Jep sebagai hos yang kerap lelah. Habis manis sepah tak habis habis.

    Nabil dan Bob Kutu dalam rancangan Sihatkah Saya mencungkil rahsia bagaimana Bob berlatih untuk menjadi juara dalam pertandingan. Rupanya Bob menjadi juara dalam pertandingan Memusing Hoola Hoop Paling Lama kerana sangkut di perut.

    Ali Mamak dan R2 digandingkan dalam perbahasan Ibu dan Bapa siapa paling penting. Ahmad Idham mencadangkan R2 untuk memperbetulkan tempo walaupun idea menarik.

    Linda Onn sebagai pengacara Om Om Bak melayan kerenah anak anak Johan dan Zizan, ditanyakan dua soalan peribahasa. Sedikit kontroversi persembahan mereka malam ini :)

    Tauke dalam rancangan Bendabolehsetel, menyingkap rahsia En Hashim (Acong Sweetchild) yang diganggu saka. Mamat Khalid meminta agar Jambu lebih berhati hati untuk persembahan di Final nanti.

    Konklusinya, Maharaja Lawak Minggu 12 di Johor Baharu ini sekali lagi membuktikan bahawa persaingan merebut Maharaja Lawak didominasi Jozan dan Sepah. Jozan dan Sepah Terbaik. R2 dan Jambu perlu buat sesuatu untuk kembali mengambil hati para juri.

    Untuk Final Maharaja Lawak di Stadium Melawati Shah Alam, Jozan, Sepah dan Nabil akan bertanding. Tetapi, Ahmad Idham menggunakan imunitynya untuk memasukkan Jambu. Jadi, Jozan, Sepah, Nabil dan Jambu akan ke Final Maharaja Lawak.

    (more…)

  • Kementerian Pelancongan Belanja RM1.8 juta untuk Kempen Atas Talian dan Media Sosial

    Cerita Kementerian Pelancongan Malaysia belanja RM1.8 juta untuk kempen dan promosi di Facebook menjadi bualan hangat sehingga ke Parlimen. Banyak pandangan positif dan negatif yang boleh diambil untuk kes ini. Bagi pengamal pemasaran internet (Internet Marketer), ini adalah peluang yang terbaik untuk mereka promosikan perkhidmatan mereka kerana banyak organisasi dan kementerian sudah melihat potensi besar Facebook dan laman sosial media untuk dijadikan medium promosi.

    Sejurus selepas penyebaran berita tersebut, Kementerian Pelancongan Malaysia membuat kenyataaan media bagi menjelaskan situasi sebenar bagaimana wang RM1.8 juta dibelanjakan. Memang ada salah faham antara ahli Parlimen apabila menyatakan RM1.8 juta adalah untuk satu laman Facebook, kerana RM1.8 juta dibelanjakan kepada promosi atas talian dan ke laman media sosial.

    (more…)

  • Menangi iPad 2 dengan P1 4G

    Menangi iPad 2 dengan P1 4G

    Ini bukan main-main. P1 Wimax dikuasakan dengan 4G akan memberikan anda iPad 2 secara percuma + rebat RM50 percuma kepada semua pelanggan baru P1 4G. Bagaimana untuk menang? Langgan jalurlebar postpaid P1 4G, anda yang bertuah akan ditelefon untuk menjawab beberapa soalan. Mudah bukan?!

    iPad P1Wimax 4G

    (more…)

  • Malaysia perkenal 1Kongsi

    Malaysia perkenal 1Kongsi

    1KONGSI1Kongsi – Projek terbaru Kerajaan 1Malaysia yang diselia oleh KRU Studios bagi menempatkan semua fail digital yang dilindungi hak cipta. Kesemua filem dan lagu original boleh dimuatturun dengan membeli pakej Premium sama ada untuk 30hari, 90hari atau 1 tahun dengan harga yang berpatutan. #troll

    (more…)

  • Senarai Laman Web Kerajaan yang Digodam

    Senarai Laman Web Kerajaan yang Digodam

    Twitter Anonymous Malaysia

    Tweet @AnonMalaysia pada 12 tengah malam memberitahu bahawa mereka belum bertindak dan menuding kepada pihak lain (mungkin Kerajaan Malaysia menutup laman web) berhubung laman web yang terpaksa ditutup sementara bagi mengelakkan ancaman Anonymous.

    Berikut adalah senarai laman web yang terlibat dalam ‘peperangan’ antaran hacker yang terdiri daripada Anonymous, RileksCrew dan Dragon Force dengan Kerajaan Malaysia. Kebanyakkan daripada laman web berikut dipercayai sudah ditutup bagi mengelakkan laman web ini diserang dengan DDOS oleh penggodam.

    (more…)