≡ Menu

Kementerian Pelancongan Belanja RM1.8 juta untuk Kempen Atas Talian dan Media Sosial

Cerita Kementerian Pelancongan Malaysia belanja RM1.8 juta untuk kempen dan promosi di Facebook menjadi bualan hangat sehingga ke Parlimen. Banyak pandangan positif dan negatif yang boleh diambil untuk kes ini. Bagi pengamal pemasaran internet (Internet Marketer), ini adalah peluang yang terbaik untuk mereka promosikan perkhidmatan mereka kerana banyak organisasi dan kementerian sudah melihat potensi besar Facebook dan laman sosial media untuk dijadikan medium promosi.

Sejurus selepas penyebaran berita tersebut, Kementerian Pelancongan Malaysia membuat kenyataaan media bagi menjelaskan situasi sebenar bagaimana wang RM1.8 juta dibelanjakan. Memang ada salah faham antara ahli Parlimen apabila menyatakan RM1.8 juta adalah untuk satu laman Facebook, kerana RM1.8 juta dibelanjakan kepada promosi atas talian dan ke laman media sosial.

Menurut kenyataan media tersebut, perbelanjaan tersebut adalah untuk enam acara berikut;

  • Citrawarna 1Malaysia
  • 1Malaysia Malaysia Mega Sale/Malaysia Year End Sale
  • Cuti-Cuti 1Malaysia
  • 1Malaysia Contemporary Art Tourism contest
  • 1Malaysia Green and Clean Campaign
  • Fabulous Food 1Malaysia

Dan pecahan RM1.8 juta digunakan untuk;

  1. Technical
    1.1         Dedicated hardware deployment
    1.2         Software licensing
    1.3         Front end applications
    1.4         Application Server engine
  2. Development of six (6) campaigns which requires:
    2.1         Flash games engine
    2.2         Flash programming & coding
    2.3         Creative Development and Design
    2.4         Campaigns Ideas and Concept
    2.5         Front-end Flash Design
    2.6         Testing and Debugging
  3. Campaign Promotions
    3.1         Digital advertising campaigns on Google and Facebook
    3.2         Contest, Page Wall and Tourism Fanpage Content Management
    3.3         Collection and management of Database

Menteri Pelancongan Malaysia, turut mendedahkan bahawa Jabatan Pelancongan Filipina membelanjakan RM 7 juta untuk membangunkan laman Facebook mereka dan Badan Pelancongan Australia membelanjakan USD150 juta untuk promosi media sosial mereka selama tiga tahun.

Sumber: Media Statement on Social Media Promotion – Kementerian Pelancongan Malaysia

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment