Blog

  • Three Lions singkir Sweden

    Percaturan memasukkan Theo Walcott menjadi titik tolak kemenangan England apabila menjaringkan gol selepas tiga minit selepas dimasukkan selain menjadi penggerak kepada gol kemenangan yang disudahkan Danny Welbeck.

    England menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 1-0 menerusi tandukan deras Andy Carroll pada minit ke-23 tetapi Sweden bangkit untuk menyamakan kedudukan hasil daripada kesilapan Glen Johnson yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-49 ketika cuba mengeluarkan sepakan Olof Mellberg.

    10 minit selepas itu, pintu gol England bocor lagi daripada situasi bola mati dan kali ini lonjakan Melberg memastikan jaring England bergegar.

    Roy Hodgson menukar percaturannya dengan membawa masuk Walcott bagi menggantikan James Milner pada minit ke-61 sehingga mengubah suasana perlawanan dan dia membuktikannya kehadirannya dengan gol dari luar kotak penalti.

    Kelincahannya di sayap kanan sering memerangkap pertahanan dengan kelincahannya dan dengan kelebihan itu dia menyusup ke kotak penalti yang membawa kepada gol kemenangan England.

  • Tukar Budaya

    Sebenarnya, lebih tiga bulan saya berusaha untuk mengadaptasi budaya baru. Maksudnya, budaya seorang pelajar kepada budaya seorang pekerja.

    Kalau sebelum ini, dua tiga benda boleh diselesaikan dalam satu hari, tapi tidak lagi hari ini. Semuanya sudah dikorbankan untuk kerja. Kalau betul ada kelapangan dan cuti, baru perkara dua yang tiga tadi boleh diselesaikan.

    Buat masa ini belum lagi serasi, mungkin sedikit masa lagi akan berjaya.

  • Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Kuatkuasa 1 Jun

    Akta Keterangan (Pindaan) 2012 Kuatkuasa 1 Jun

    20120531-225756.jpg

    Amanz.my melaporkan bahawa Akta Kenyataan (Pindaan) 2012 akan dikuatkuasakan mulai esok selepas diluluskan kabinet pada April. Bagi kita yang tidak begitu kenal apa itu Akta Kenyataan dan apakah yang terkandung dalam akta ini, dan kenapa akta ini dipinda dan kenapa dilaksanakan pada hari ini, berikut adalah penerangannya.

    Dalam Seksyen 114, Akta Penerangan 1950 menyatakan bahawa mahkamah boleh menganggap kewujudan fakta tertentu dengan menganggap kewujudan apa-apa fakta yang difikirkannya mungkin telah berlaku, setelah mengambil perhatian akan perjalanan biasa kejadian semula jadi, kelakuan manusia, dan urusan awam dan persendirian, dalam hubungannya dengan fakta kes
    yang tertentu itu.

    Contohnya, bahawa seseorang yang ada dalam milikannya barang curi selepas sahaja barang itu dicuri ialah pencuri barang itu atau telah menerima barang itu dengan disedarinya sebagai barang curi, melainkan jika dia boleh menerangkan bagaimana barang itu berada dalam milikannya;

    Pindaan kepada Seksyen 114 (a) Akta Keterangan termasuk ketetapan adalah seperti berikut:

  • Jika nama anda, gambar atau nama samaran dilihat di mana-mana penerbitan yang menggambarkan diri anda sebagai penulis, anda dianggap telah diterbitkan kandungan itu.
  • Jika paparan kenyataan diperoleh dari akaun Internet atau telefon anda, anda disifatkan sebagai penulis melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
  • Jika anda mempunyai kawalan atau jagaan mana-mana komputer yang menerbitkan mana-mana bahan, anda dianggap sebagai penulis melainkan ia dibuktikan sebaliknya.
  • Dengan pindaan ini, penafian daripada pesalah tidak boleh lagi diterima sekiranya tidak disertakan bukti yang kukuh.

    Selari dengan kemajuan Internet, selepas kewujudan laman rangkaian sosial seperti Facebook dan Twitter, akta ini dilihat dapat membendung gejala buruk seperti penyebaran fitnah dan hasutan berleluasa di Internet.

    Pemilik laman blog, portal atau laman komuniti akan lebih serius menjaga kandungan agar tidak terjebak dalam mana-mana elemen yang disebutkan di atas kerana setiap komen akan dianggap oleh mahkamah sebagai mencerminkan pandangan pemilik kecuali dinyatakan atau dinafikan.

  • Piala Thomas: Malaysia Kecundang kepada China

    Piala Thomas: Malaysia Kecundang kepada China

    Skuad badminton Malaysia sekali lagi tunduk kepada kehebatan China apabila tewas tiga perlawanan berturut-turut.

    Liew Daren memberi kejutan apabila memenangi set petama ke atas Lin Dan, 17-21 sebelum tewas 21-9 dan 21-5.

    Koo Kien Kiat dan Tan Boon Heong tewas kepada beregu Cai Yun dan Fu Haifeng, 21-17 dan 21-18 dalam set kedua.

    Perlawanan ketiga anttata Hafiz Hashim dan Chen Long bermula sengit tetapi aksi longlai pemain Malaysia itu memberi kemenangan mudah 21-10 dan 21-11.

  • (TERKINI) Denmark Tewaskan Malaysia 3-1

    (TERKINI) Denmark Tewaskan Malaysia 3-1

    Lee Chong Wei Cedera

    Skuad Malaysia terpaksa akur apabila tewas 3-1 kepada Denmark dalam perlawanan kedua Piala Thomas 2012 peringkat Kumpulan C. Beregu Denmark, Jonas Rasmussen dan Joachim Fischer Nielsen menumpaskan beregu Koo Kien Keat dan Goh V Shem, 21-18, 21-15 dalam masa 38 minit.

    Sebelum itu, pemain perseorangan kedua negara Daren Liew menjadi wira Malaysia apabila membuka peluang pasukan itu untuk terus bersaing dalam memburu juara kumpulan C setelah mencatat kemenangan ke atas pemain Denmark, Jan O JORGENSEN, di Pusat Sukan Gimnasium Wuhan, hari ini.

    Jaguh perseorangan negara, Datuk Lee Chong Wei sebelum ini gagal menamatkan perlawanan apabila menarik diri selepas mengalami kecederaan di buku lali kanan semasa menyambut pukulan Peter Hoeg Gade dan memberi mata pertama kepada Denmark.

    Sementara itu, beregu pertama negara, Tan Boon Heong/Hoon Thien How turut mengecewakan apabila gagal untuk mengutip mata pertama untuk Malaysia setelah tewas ditangan pasangan Carsten Morgensen/Mathias Boe dengan catatan 21-17,21-23,21-11.

    Sumber: Sinar Harian, BWF Badminton

  • SC Beira Mar Ikat Nazmi Faiz

    SC Beira Mar Ikat Nazmi Faiz

    Nazmi Faiz Diikat SC Beira Mar

    Sejak semalam, mana-mana laman sosial akan menyebut tentang perkhabaran gembira dari Portugal dimana anak muda Malaysia, Nazmi Faiz Mansor sudah dipikat kelab bola sepak divisyen satu Portugal, Beira Mar selama tiga tahun. Kejayaan ini sekali lagi mencipta sejarah selepas menjadi pemain pertama Malaysia beraksi di liga Eropah.

    Aksi ketika tempoh percubaan selama seminggu di kelab tersebut dikatakan telah memikat jurulatih, Ulisses Morais dan kapten pasukan, Hugo Vieira.

    Walaubagaimanapun, Nazmi akan mula beraksi untuk kelab tersebut selepas Ogos nanti apabila umurnya mencapai 18 tahun.