≡ Menu

Three Lions singkir Sweden

Percaturan memasukkan Theo Walcott menjadi titik tolak kemenangan England apabila menjaringkan gol selepas tiga minit selepas dimasukkan selain menjadi penggerak kepada gol kemenangan yang disudahkan Danny Welbeck.

England menamatkan separuh masa pertama dengan mendahului 1-0 menerusi tandukan deras Andy Carroll pada minit ke-23 tetapi Sweden bangkit untuk menyamakan kedudukan hasil daripada kesilapan Glen Johnson yang tertampan bola ke gawang sendiri pada minit ke-49 ketika cuba mengeluarkan sepakan Olof Mellberg.

10 minit selepas itu, pintu gol England bocor lagi daripada situasi bola mati dan kali ini lonjakan Melberg memastikan jaring England bergegar.

Roy Hodgson menukar percaturannya dengan membawa masuk Walcott bagi menggantikan James Milner pada minit ke-61 sehingga mengubah suasana perlawanan dan dia membuktikannya kehadirannya dengan gol dari luar kotak penalti.

Kelincahannya di sayap kanan sering memerangkap pertahanan dengan kelincahannya dan dengan kelebihan itu dia menyusup ke kotak penalti yang membawa kepada gol kemenangan England.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment