≡ Menu

Harga SMS Marketing dan SMS Broadcasting di Malaysia

Harga SMS Marketing/SMS Broadcasting di Malaysia

Ramai yang memilih untuk menggunakan perkhidmatan iklan atas talian seperti Facebook Ads, Google Adwords, e-mail broadcasting mahupun beriklan di Fanpage yang mempunyai pengikut ramai. Menghantar SMS promosi bukan satu benda yang ketinggalan dalam zaman serba moden ini.

Bagi peniaga yang mempunyai senarai pelanggan yang ramai, kerja tersebut dapat dipermudahkan dengan adanya khidmat pemasaran SMS atau SMS broadcasting. Ada yang panggil sebagai sistem web SMS atau SMS blaster.

Untuk pasaran Malaysia, saya dapati ada beberapa penyedia perkhidmatan yang menawarkan harga yang sangat berpatutan. Berikut saya kongsikan senarai penyedia dan harga untuk rujukan bersama.

Penyedia 1,000 Kredit 10,000 Kredit
SMS99.net RM 50 RM 450
BulkSMS.my RM 60 RM 600
iSMS RM 95 RM 850
Hive SMS RM 100 NA
One Way SMS RM 100 RM 950
Go! SMS RM 100 RM 90
Jom Hosting! RM 140 RM 1,100

Pada pemerhatian saya, tidak ada banyak beza pada sistem yang digunakan oleh kesemua penyedia di atas. Mereka menawarkan servis dengan features yang sama. Kecuali sistem SMS99 yang mempunyai limitasi seperti tiada laporan SMS, sistem yang perlahan, dan SMS cuma dihantar pada 8 pagi hingga 8 malam. Untuk penjimatan, atau sekali hantar, anda boleh cuba SMS99.

Saya lihat sistem BulkSMS menawarkan harga yang rendah berbanding pesaing mereka. Mereka menawarkan 3-way SMS, keupayaan menghantar 200 SMS per saat, ciri SMS personalisation dan SMS berjadual.

Daftar dan Cuba Sebelum Melanggan

Ada yang menawarkan nombor 5 angka, contohnya Go! SMS yang pasti menampakkan elemen professional. Jika anda tidak kisah, anda boleh gunakan SMS99 yang hanya nombor rawak untuk blasting.

Kesemua penyedia di atas menyediakan pendaftaran dengan kredit percuma untuk anda ‘pandu uji’ sistem mereka. Anda boleh ambil kesempatan tersebut untuk mencuba web interface, cara memuat naik nombor telefon, cara buat templat SMS dan banyak lagi.

Other articles you might like;

2 comments… add one
Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3