≡ Menu

Cara Mendaftar Google AdWords

Beriklan cara berbayar dapat membantu kita mempercepatkan proses discovery dimana pengguna akan menjumpai laman jualan kita secara online. Jika anda seorang yang sabar, anda pakar dalam Teknik SEO, maka anda boleh tunggu. Pengalaman saya, hampir sebulan setengah laman jualan saya diindex dan tersenarai di muka depan Google. Itupun penuh dengan beberapa cara seperti SEO dan backlinks di laman web berpengaruh.

Apa beza Google Adwords dan Facebook Ads?

Ada yang tanya soalan di atas. Pada pendapat saya, Google AdWords (GA) melayan orang yang ada minat tentang sesuatu produk. Maksudnya, jika Shahir mencari ‘ubat kencing manis’, maka semua iklan dan laman web yang berkaitan akan dipaparkan. Dengan cara ini, anda mendapat prospek yang memang mahu cari ‘ubat kencing manis‘ tersebut. Berbanding Facebook Ads (FB Ads), iklan anda akan dilihat oleh orang sembarangan (kecuali anda letak interest, location dan beberapa parameter lain untuk hadkan iklan anda) dan tidak pasti berapa orang yang betul berminat dengan produk anda itu.

Walaubagaimanapun, masing-masing ada kelebihannya. Facebook Ads mampu mengumpul likes baharu atau jadikan produk anda viral jika kena gayanya. Fanpage yang ada banyak likes, dapat menambah kredibiliti penjualnya. Impression yang kerap, dapat menaikkan branding sesuatu produk. Tapi, untuk produk yang memang terkenal, saya pilih GA.

Cara saya, saya suka Google AdWords kerana nisbah iklan dipaparkan kepada prospek adalah sangat kecil. Selain itu, nisbah pengguna yang tanya produk kepada pembeli juga tinggi. Faham kan?

Bagaimana mendaftar di Google AdWords?

1. Sila layari www.adwords.com atau adwords.google.com. Masukkan maklumat berkenaan anda, termasuk perihal pembayaran, kad kredit dan sebagainya.

2. Anda diminta untuk menghubungkan kad debit atau kad kredit anda dengan akaun GA. Ikuti langkah mudah seperti masukkan nombor kad, nama pemegang kad dan nombor CCV di belakang kad.

3. Kemudian, anda akan diminta untuk membuat deposit ke akaun GA anda. Deposit ini yang akan dibelanjakan untuk setiap iklan anda, mengikut tetapan anda sendiri. Klik Billings > Transaction History.

Bagaimana mendaftar di Google AdWords?

4. Kini, akaun anda telah tersedia untuk dibelanja bagi membeli iklan. Teruskan bacaan anda tentang membina kempen dan iklan di AdWords, sekarang.

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment