≡ Menu

(REVIEW) Nur Kasih the Movie

Poster Nur Kasih

Akhrinya, Adam berkesempatan menonton Nur Kasih the Movie selepas empat hari ditayangkan di pawagam. Sejak diumumkan bahawa Nur Kasih the Series akan difilemkan, sudah ramai yang menaruh harapan yang tinggi terhadap filem ini, selepas mencetuskan fenomena kira-kira dua tahun lepas melalui siri televisyennya.

Saya yakin sejak ditayangkan, pawagam pasti penuh. Hari ini juga full-house sejak ditayangkan bermula jam 10.30 pagi di Jitra Mall Cinema. Keseluruhan filem ini adalah hebat, daripada segi plot dan skrip yang ditulis oleh Mira Mustaffa.

Sinopsis

Nur Kasih The Movie ini adalah kesinambungan daripada drama siri TV popular Nur Kasih. Filem ini adalah selepas lapan tahun kisah didalam drama Nur Kasih berakhir.

Filem ini dibuka dengan satu kejadian kemalangan yang ngeri berlatarbelakangkan pemandangan padang pasir Jordan yang indah. Kemalangan ngeri yang disaksikan oleh dua orang arab Badwi itu adalah satu permulaan kisah yang menyentuh hati didalam filem Nur Kasih The Movie ini.

Filem ini kemudian membawa penonton ke Kuala Selangor dimana Nur Amina dan Adam sedang bernostalgia mengimbau kenangan lalu. Satu demi satu cerita terungkap dan dapat diketahui bahawa isteri Aidil, Aliyah telah meninggal dunia.

Anak Aidil, Ilyas dan Maryam mempunyai personaliti yang berbeza. Ilyas seperti ayahnya Aidil, lebih suka memendam perasaan dan meratapi pemergian ibunya dalam diam dan lebih mengambil berat tentang keadaan ayahnya. Manakala Maryam pula masih terlalu kecil untuk memahami situasi yang berlaku. Aidil melepaskan beban penderitaan batin yang ditanggungnya dalam satu peristiwa yang menyayat hati.

Adam dan Nur Amina kembali ke Kuala Lumpur dimana mereka menghabiskan masa menjadi sukarelawan di sebuah pusat jagaan kanak-kanak bermasalah. Tujuannya kerana untuk menghilangkan perasaan rindu terhadap anak-anak kerana telah lama mereka belum lagi dikurniakan cahaya mata. Di pusat jagaan ini, watak Mamat, Sara, dan Jamal akan mewarnai kisah mereka.

Apabila mengetahui Nur Amina mengandung, Adam bersyukur kepada Allah, namun takdir menentukan, bayi didalam kandungan Nur Amina keguguran. Kejadian ini membuatkan Adam hilang pertimbangan dan mula berpaling daripada ajaran Allah. Walaubagaimanapun, Aidil berjaya memimpin Adam kembali ke jalan yang benar.

Adam dan Nur Amina bercadang melawat Mekah dan kemudian menyusul ke Jordan pula. Di Jordan, pasangan ini menemui kedamaian yang dicari, namun Adam kembali dihantui oleh igauan ngeri. Adam sering terbayang Nur Amina akan mati. Adam merasakan bahawa ada satu petanda buruk yang akan berlaku. Keimanan dan kesabaran akan teruji lagi. Adam dan Nur Amina mengalami satu kemalangan dahsyat. Didalam serpihan kemalangan itu, Adam mendapati Nur Amina terbaring kaku. via The Best Films dot Net

Tema

Nur Kasih the Movie

Nur Kasih the Movie mengangkat tema percintaan, keagamaan dan kekeluargaan. Setiap babak yang dipertontonkan tidak terlepas daripada mengaitkan dengan hubungan baik antara keluarga, sikap seorang Muslim yang baik dan kasih sayang antara seorang suami dan isteri serta ibu bapa dan anak-anak.

Plot

Elemen imbas semula dalam filem ini banyak membantu penonton mengingat semula apa yang berlaku sepanjang Nur Kasih the Series. Plot disusun kemas sepanjang penceritaan. Kehadiran Aidil 70-an (Dato’ Rahim Razali) sebagai narator mengukuhkan lagi jalan cerita. Kehadiran tangan misteri (Nur Amina 70-an) pada awal cerita sedikit sebanyak memberi klu tentang pengakhiran cerita. Klimaks filem ini adalah apabila Adam tenat di hospital dan pelbagai andaian timbul di fikiran penonton selepas konflik berjaya diselesaikan satu persatu oleh Adam dan Nur Amina. Peleraiannya apabila Adam membawa Mamat sebagai penderma organ kepada Adam, lalu Adam berjaya diselamatkan. Selepas itu mereka hidup bahagia dengan kelahiran anak sulung mereka.

Skrip

Dialog berbunga oleh Adam kepada Nur Amina sedikit sebanyak membantu menjadikan filem ini lebih romantis. Elemen keagamaan turut diselitkan dalam dialog-dialog bagi membangkitkan tema yang dibawa.

“Hari ini Abang masih hidup dan bernafas dalam cinta dan kasih sayang Tuhan… Namun sesekali nafas ini jadi sesak dalam cinta dan rindu terhadap Nur”

Dialog pendek yang oleh Maryam (Adik Mia Sara) banyak menimbulkan elemen humor. Secara keseluruhannya, penonton selesa dengan skrip yang disampaikan, secara langsung menghidupkan cerita Nur Kasih the Movie ini.

Pelakon

Nur Kasih the Movie

Kehadiran Adik Mia Sara dan abangnya, Ilyas Suhaimi sedikit sebanyak menceriakan Nur Kasih the Movie kerana filem ini lebih kepada konflik kehidupan selepas Aidil kematian Aliya; Nur Amina keguguran anak pertama dan Adam yang hilang pertimbangan selepas kehilangan anak pertama.

Barisan pelakon Nur Kasih the Series memantapkan lagi Nur Kasih the Movie walaupun tidak membariskan Sarah sebagai pelakon dalam Nur Kasih the Movie yang sebelum ini berjaya memainkan watak antagonis, menentang cinta Aidil dan Aliya.

Dato’ Rahim Razali dan Afida Es sebagai watak Aidil dan Nur Amina semasa tua, membantu menutup cerita Nur Kasih the Movie selepas Aidil berjanji kepada Adam bahawa dia akan menjaga Nur Amina sehingga akhir hayatnya.

Latar Tempat, Kostum dan Solekan

Filem ini menggunakan Jordan sebagai latar tempat utama selain Kampung Sawah Sempadan, Tanjung Karang, Selangor sebagai kampung Aidil dan Adam. Pemilihan latar tempat ini sesuai dengan suasana kampung yang ingin ditonjolkan oleh pengarahnya — asal usul Adam dan Aidil.

Solekan yang digunakan pada saya agak keterlaluan dimana Nur Amina mengenakan bedak yang tebal semasa tidur. Hal ini tidak menjadi masalah, tetapi dari segi logik perkara ini perlu dipertimbangkan.

Fotografi

Nur Kasih the Movie

Khabir Bhatia terkenal dengan sinematografi ala-ala Bollywood dan beliau yang membawa pengaruh Bollywood dalam industri filem tanah air menjadikan sinematografi Nur Kasih the Movie yang terbaik setakat ini. Penggunaan semua teknik kamera diaplikasikan oleh beliau dan jurukameranya. Salut!

Cuma apa yang boleh saya perkatakan di sini bahawa penggunaan CGI agak kurang memuaskan, dan saya mencadangkan sekiranya kemalangan dalam kereta api, babak Adam dan Amina berbual dalam kereta api tidak dibuat dengan bantuan CGI, saya pasti akan lebih menarik. Mungkin Khabir mempunyai alasan kenapa dia mahu babak kemalangan ini diadakan, tapi pada saya lebih baik sekiranya beliau memilih jalan selamat dengan mengadakan kemalangan dengan kenderaan beroda yang tidak memerlukan CGI. CGI yang lemah menjadikan mood saya dan penonton lain kurang selesa dan ramai yang tertawa melihat babak yang disebutkan.

Nilai Hiburan, Nilai Pembelajaran & Nilai Artistik

Nilai yang diterapkan dalam filem ini sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran kepada penonton. Aidil rela menjadi tenaga pengajar di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Bermasalah, walaupun tidak dibayar. Elemen ini menunjukkan bahawa dia berkorban untuk melihat anak bangsanya menjadi seorang yang berjaya.

Epik percintaan antara Adam dan Nur Amina akhirnya sampai ke peringkat tertinggi sehingga Adam meninggal dunia dan dia dijaga oleh Aidil. Aidil mengotakan janjinya kepada Adam untuk menjaga Nur Amina, walaupun pada usia tuanya Nur Amina ‘hilang ingatan’.

Tahniah! 5 Bintang untuk Nur Kasih the Movie!

Kredit Foto: Galeri Nur Kasih the Movie – Sinema Malaysia

Other articles you might like;

12 comments… add one
  • Rollo De Pedicula May 23, 2011, 8:41 am

    walawehhhhhhhhhh
    5 bintang tuuuuuuuuuu

    Kalau Sudi Bacalah Review Filem Nur Kasih The Movie di blog saya

    Review Nur Kasih The Movie

  • ArdiniHumaira May 23, 2011, 9:25 am

    teringin nak tengok tapi cni tade pawangam.. sobsss

  • yui May 23, 2011, 9:34 am

    mmg xrugi bila tgk cter ni..

    besstttt..

    byk pengajaran yg dipaparkan..
    Entri terkini yui: CONTEST- Ulangtahun ke-3 NUSHAMy Profile

  • pearl jade May 23, 2011, 10:45 am

    salam..singgah dari blog encik ben..
    hehe…da ter reveal semua kisah nur kasih..
    senang hati saya nak tengok nanti..
    thanx ya :)
    Entri terkini pearl jade: Kebahagiaan SemuaMy Profile

  • kayrul May 23, 2011, 5:11 pm

    ramai yang dah komen citer nie best…tak sabar nak g tengok
    Entri terkini kayrul: Rumah untuk Golongan Berpendapatan RendahMy Profile

  • miera May 23, 2011, 7:48 pm

    nak tengok filem ni juga..^_^
    Entri terkini miera: Cinta MelodyMy Profile

  • zety May 24, 2011, 1:16 am

    belum tengok cite nih.
    ramai yang cakap series adalah lebih baik dari filemnye

  • NuReLLe May 29, 2011, 10:18 am

    wahhhhh..5 out of 5 kerrrr??? huhuhu

  • mak lagenda June 15, 2011, 7:42 pm

    mak pun dah tgk citer ni. Bg mak, OK jugak citer ni sbb nur kasih ni dah diikuti dr episod drama. Klu terus terjah panggung tanpa tau ujung pangkal,mayB susah sket org nk paham kot

  • efpi August 16, 2011, 6:31 am

    memng yg terbaik,best…tahniah.

  • me September 5, 2011, 11:47 am

    nak tnyer.. sape yek yg pegang watak anak nur amina.. sy ingat2 lupa la..

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3