Pada 23 April lepas, Velocity Studio mempersembahkan rakaman langsung rancangan Popup Selebriti yang membawakan artis jemputan, Amylea Azizan di Studio TV Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam. Rancangan 7 segmen ini merupakan satu comeback Amylea Azizan dalam industri muzik tanah air selepas agak lama menyepi.
Rancangan yang dihos oleh Qarami Hasim ini mengupas kisah hidup Amylea Azizan dengan membawa rakan baiknya ke studio untuk berbicara tentang kisah lampau mereka sejak zaman sekolah sehingga hari ini walaupun masing-masing sibuk dengan urusan seharian.
Amylea juga mempersembahkan enam buah lagu seperti No One, The Climb, Kurnia, Aku Sinderella, Grenade, Aku & Mimpi dan lagu Akan Tiba dinyanyikan oleh Hafiz, seorang penyanyi yang sedang meningkat naik.
Other articles you might like;
Adam, I tiru backdrop you untuk photoshoot magazine I. Hehhee…
Iyakaa. Mana nak tengok sikit.