Semasa di semester empat, kami pelajar Broadcasting UiTM Shah Alam diwajibkan mengambil kursus UNDANG-UNDANG MEDIA, PERATURAN DAN ETIKA. Kursus ini memberi kesedaran kepada kami tentang betapa pentingnya pengamal media untuk mematuhi etika seorang pengamal media. Banyak undang-undang yang telah diperuntukan untuk menjatuhkan hukuman kepada pesalah media.
Gambar hiasan (via Reconstruction E-Server)
Suka untuk saya kongsikan sebuah jurnal akademik bertajuk “BLOGGING – ARE YOU EXPOSING YOURSELF TO LEGAL LIABILITIES?” yang ditulis oleh Sabrina Mohamed Hashim, Peguambela dan Peguamcara di Abdul Raman Saad & Associates.
Menurut beliau, perkembangan Internet di Malaysia telah menyebabkan penulis blog (blogger) bertambah dan mereka ini terdedah kepada risiko perundangan sivil dan criminal seperti:
- Hak Cipta (Copyright)
- Tanda Dagangan (Trademark)
- Fitnah (Defamation)
- Hasutan (Sedition)
1. Hak Cipta
Hak cipta digunakan untuk melindungi hasil kerja seseorang sama ada bertulis, lisan atau visual dan bertujuan untuk mengekalkan keaslian daripada disalin tanpa kebenaran. Perlindungan hak cipta merangkumi kerja-kerja yang berikut:
- (A) karya sastera, seperti karya tulis, novel, kod sumber dalam program komputer dan laman web dan kandungan dalam pengeluaran multimedia;
- (B) karya muzik dan dramatik, seperti skor muzik, drama, dan skrip televisyen;
- (C) karya seni, seperti gambar, patung dan imej, dan
- (D) rakaman suara dan filem, seperti filem (seluloid tradisional dan pelbagai format video), nota, kaset dan CD muzik, drama atau ceramah.
Beliau menegaskan bahawa membuat posting berkaitan gambar, rekabentuk, gambar produk yang dilindungi oleh hak cipta adalah tidak dibenarkan sama sekali. Perkara yang sama berlaku apabila pemilik blog menawarkan rakaman suara dan fail audio yang boleh dimuat turun, pastikan tidak melanggar hak cipta fail tersebut. Beliau turut menggariskan beberapa syarat untuk menulis posting agar tidak melanggar hak cipta.
- Cipta gambar, grafik, kod dan perkataan sendiri.
- Gunakan lesen hak cipta yang dibenarkan dalam skop yang telah dipersetujui
- Gunakan gambar percuma di Internet selagi tidak melanggar terma yang digariskan oleh pemilik asal.
2. Tanda Dagangan
Tanda dagangan memberi hak kepada pemilik cap dagangan untuk mengelakkan orang lain menggunakan logo, slogan atau identiti mereka untuk tujuan lain atau mengelirukan pengguna.
Para blogger dikira menyalahgunakan tanda dagangan apabila menggunakan logo atau identiti pemilik tanda dagangan lalu dibawa ke laman web lain, bukannya laman web rasmi pemilik tandan dagangan. Perkara ini boleh menyebabkan kekeliruan pengguna. Oleh yang demikian, pemilik blog mestilah menulis penafian bahawa laman blog mereka tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan identiti yang dibawa oleh penulis dalam tulisan mereka.
3. Fitnah
Akta Fitnah 1957 (Defamation Act 1957) diperkenalkan untuk membendung bahan cetak dan penyiaran daripada melakukan fitnah dalam penerbitan mereka. Fitnah yang dibuat oleh penulis terhadap seseorang sehingga merosakkan reputasinya terbahagi kepada bentuk tulisan atau lisan. Dalam penulisan blog, akta ini tidak boleh disesuaikan kerana hanya digubal untuk penerbitan buku dan penyiaran. Namun para penulis blog haruslah berhati-hati ketika menulis berita agar tidak memfitnah pihak lain.
4. Hasutan
Penulisan blog yang menjurus kepada penyebaran maklumat yang tidak benar, tidak lengkap atau mengelirukan mengenai perkara-perkara sensitif seperti perkauman dan keagamaan atau kandungan yang boleh menimbulkan kebencian dan penghinaan terhadap kerajaan atau penguasa adalah dilarang. Penulis boleh dikenakan tindakan dalam Akta Hasutan 1948 sekiranya tulisan mereka di’quote’ di dalam akhbar atau buku seperti yang berlaku kepada Raja Petra.
Sebagai kesimpulan, saya memberi pesanan kepada semua penulis blog di Malaysia agar lebih bertanggungjawab ketika menulis kerana kebebasan bersuara yang dibenarkan di Malaysia adalah tidak mutlak.
RUJUKAN
BLOGGING – ARE YOU EXPOSING YOURSELF TO LEGAL LIABILITIES? oleh Sabrina Mohamed Hashim
P/S: Saya benarkan entri ini disebarkan untuk kebaikan bersama.
Other articles you might like;
hah
betul tu
sebab tu aku dah tak letak link2 download semua tu….
bahaya meh
untung kan kita masuk masscom
hehehhe
Aku dulu pernah share lagu Imran Ajmain. Dia personally e-mail aku dan mintak aku remove link tu.
Lagi satu kes, FBI e-mail aku sama Suruhanjaya Sekuriti suruh aku remove satu entri di blog aku yang lagi satu sebab anda unsur Defamation. Bahaya. SB mai tangkap aku mampuih.
walawehhhhh…Imran Ajmain email? gila cool…hahaha…
FBI? entry apa ko buat sampai ada unsur Defamation?
Review Nur Kasih The Movie
SB tu sape ?? :D
huiiiihhhhhh..takut la macam tu..thax 4 dis info..
Jangan takut. Selagi kebebasan yang diberikan itu tidak disalahgunakan, saya rasa tidak ada masalah. :)
ergghhh….aisehhh…kene check blk la entri2 yg sebelum ni…
Bagus juga entri ni bro, sekurang2nya mengingatkan kpd para blogger supaya tidak menyalahi undang2 yg ada..
#Kadang2 terlupa…kadang2 mmg tak tau pong…huhuhu
Kena ingatkan semua rakan-rakan Blogger kita untuk tidak melanggar etika penulisan blog dan berhati-hati dalam setiap penulisan agar tidak menghasut dan memfitnah.
thnx 4 infrmtion ni :))
Sama sama kongsi info ni ya.
bro.mohon copy untuk buh kat blog ;-)
Dipersilakan. :)
singgah sini yerrr:)
http://sang-pemimpi-tegar.blogspot.com/2011/05/termengaku-dekat-my-own-crush.html
Selamat Singgah. Jangan lupa share artikel di atas dengan rakan-rakan :)
interesting.tq info!
Sama-sama. Mari kita sebarkan. Jadilah Blogger yang Berilmu :)
oh ye, seriousnye pengalaman awak,
thaks for the info
Nanti saya kongsikan macam mana saya handle benda ni. Share kepada rakan yang lain juga ya.
Betui beno.. Mmg kene check balik sume entry biar xde yg boleh dicop plagiarize
Jom, jadilah seorang Blogger yang berilmu. Tak adalah kerajaan nak risau dengan perangai blogger-blogger ni. :)
ermm copy right ? Even sekarang pun gune sistem operasi komputer Windows yang cetak rompak / x ori . kalau internet tu tak tau la camana
Haha. Itu kat rumah, kalau Microsoft datang check naya kita. Kalau kat Internet, siapa-siapa pun boleh buat report pasal entri kita. Lagi lagi kalau tulis pasal gosip artis ke, dia boleh cas penulis tu memfitnah dia. Jadi jangan ambik risiko :)
if kta copy code vdeo clip kat you tube then masukkan ke dlm blog kite..salah ke??? hehe..agak kurang paham psl copy right tuh…
Ha. Ini masalah sejak akar umbi. Di Youtube sendiri melarang kalau kita upload video bukan milik kita contohnya video klip atau filem pendek yang kita ambik dari Internet.
Baru baru ni ada isu Astro nak arahkan semua video Maharaja Lawak dibuang daripada Youtube, maksudnya harta intelek mereka sudah disalahgunakan sehingga menyebabkan kerugian. Apa yang rugi? Sebab ramai pilih tengok di Youtube daripada melanggan Astro Warna.
Kita pun embed saja ke blog. Ibaratnya membantu cetak rompak. Begitulah kisahnya. Jelas?
alamak, maksudnya tak bolehla ek letak video-video dari youtube, esp maharaja lawak tu..huhuhu..
Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini
Belog kami :Notre Belle Histoire
salam. dtg dr blog abg ben. info yg sgt bguna. time kasih :). cuba sebaik mungkin utk guna gmbar dri lensa sndiri.
Terima kasih. Goodluck! Sikit-sikit lama-lama jadi bukit :)
Nice info bro…
Pilih sendiri nak jadi blogger yang camne,
yang pertama tu, Hak Cipta memang isu dititik beratkan, kalau jenis copy cat sentiasa buruk akibatnya jika dibawa ke alam menuntut ilmu….
Betul.
Kalau tak didedahkan, nanti ramai yang cakap tak tahu.
Kalau kita dah sedar, sekurang-kurangnya kita lebih berhati-hati :)
bagus entry ni,mngingatkan blogger2 smua…mkin rmai blogger skang ni…yg bwah2 tu mybe untuk blog2 trtentu je…tpi yg atas tu mcam selalu je
Haha. Point 3 dan 4 ni selalu berlaku untuk blog gosip ke, artis artis gitu. Artis pun kalau tau dia punya hak, dia berhak untuk kaitakan entri kita dalam penulisan media arus perdana. Bila dah di-quote, bahaya!
huish…bahaya juga rupanya jadi seorang blogger nih…secara x sedar,kita bleh jd seorang penjenayah…
Wah, Penjenayah gitu. Kalau dah ada ilmu, elok praktikkan :)
gulp. takut lah pulak bila baca nih T_T
Jangan takut, perjuangkan apa yang kita perjuangkan selagi tidak melampaui batas :)
perkongsian yg cukup menarik….selama nie xder yg utarakn entry begini….tahniah…
Perkara asas sebelum menulis. Semua orang kena belajar dulu ni :)
sgt tertarik dgn entry nie..TQ yer :)
Baca dan amalkan. Sebarkan kalau berguna ;)
mitak izin untuk dishare kat blog ek..
Blogshop kami :Nak cari handbag LV, Longchamp, souvenir? Meh klik sini
Belog kami :Notre Belle Histoire
Selamat datang ke Adamroslan.com
Dipersilakan, sebarkan untuk kebaikan ;)
assalamualaikum bro..
mintak izin share..ni info wajib kena share..:)..
Waalaikumussalam.
Boleh. Untuk kebaikan bersama :)
mintak izin share. nice info =)
salam…
entry yang menarik nak info yang berguna untuk bloggers…
en.adam…sy share kt blog eh…mntk izin nih…^^
Bagus info ni..bleh sebarkan..
kalo ade yang tak tahu ambil tahu ye..
kalo ade yang dah tahu jgn buat2 x tahu..En. Adam kita dah bgtau..
nice sharing !
:D
blog aku bnyak pasal artis..cam ner weh??..hahahhaha…abis la…
Pada pendapat aku, selagi tak ada entri menghasut atau memfitnah, selamat kot. Isu Gambit ni buat gua risau sebab dia boleh petik mana mana blogger yang ‘menghasut orang untuk membenci dia’ atau buat fitnah pasal dia, dia boleh saman blogger tersebut. Katakan kau tulis, terang terang letak nama dia, ajak orang benci dia, dan dekat blog tu ada pulak nama penuh kau, zass — esok keluar paper Gambit saman blogger RM4.5 juta. Ternganga. Tak semua tau pasal benda ni.
senang tulis pasal personal je.. kih3, xde FBI nak Email, SKMM nk email.. kan kan kan.. tulis hari ni mkn ape, buat ape,
Ikut etika penulisan blog, selesai. Tulis pasal personal life pun siapa nak baca, selain BF/GF?
maksudnya , kalau kita copy gambar dari google tanpa tahu dari mana sumbernya adalah salah? gitu ? ishhh . macam takutlah pulak macam ni . kalau yang buat2 design tu pulak ? macam header tu ?
Salah kalau kita tak letak kredit sumber. Selalunya foto atau grafik ada sumbernya. Pada pendapat saya, untuk tujuan peribadi tak salah. Yang salah untuk komersil. Untuk iklan atau menjana keuntungan. :)
salam. senang2 kita buat artikel ttg diri kita sendiri. x yah babitkan org lain…jd x adalah unsur2 org nak saman ke apa…