≡ Menu

Carta Fulamak Sinar FM

Selesai sudah untuk minggu ini. Tamatlah sudah Carta Fulamak Sinar FM yang mana takhtanya masih dipegang oleh kumpulan Slash dengan lagu mereka bertajuk Taman Astakona. Ketika ini Adam sedang berada di atas bas dalam perjalanan pulang ke Melaka untuk menamatkan dua final paper pada Rabu dan Ahad depan. Bagi peminat Sinar FM, rancangan ini sudah tentu akan menjadi ikutan anda pada setiap 9 pagi hingga 12 tengahari dan ulangan pada 9 malam hingga 12 malam pada setiap hari Ahad yang dikendalikan oleh DJ Zaidi Zainal. Carta ini menyenaraikan 30 lagu popular yang diundi oleh peminat melalui undian SMS.

Kenapa Sinar FM? Soalam itu kerap kali ditanya oleh sahabat handai. Bukankah remaja pada zaman kini lebih gemar mendengar celoteh Fara Fauzana dan Faizal Ismail di Hot FM atau Fly Morning Crew di Fly FM? Bagi Adam, tidak. Adam lebih selesa mendengar celoteh SY, KE dan KJ dalam segmen Pagi di Sinar. Berbalik kepada soalan, Adam lebih gemarkan menala siara radio ke frekuensi Sinar FM kerana stesen radio ini amat serasi dengan Adam. Adam tidak tahu kenapa dan sejak bila Adam mula sangkut kepada stesen ini. Apa yang dapat Adam katakan ialah Adam tenang ketika mendengar lagu Alleycats, Arrow, Ukays dan AXLs dan bersama-sama dapat menghiburkan hati. Jadi mungkin sudah terjawab soalannya.

Jiwa muda Adam tidak serasi dengan lagu-lagu masa kini yang sama sekali telah hilang identitinya. Memang benar lagu retro banyak berkisar tentang kisah cinta dan berkait perasaan, tetapi adalah lebih baik daripada lagu masakini yang langsung tidak membawa sebarang mesej. Adakah lagu hanya semata hiburan yang dimainkan tetapi tiada membawa faedah kepada pendengar? Tidak. Lagu yang baik ialah lagu yang sarat dengan mesej untuk pendengarnya.

Selain lagu yang dimainkan, Adam juga terhibur dengan celoteh DJ seperti SY atau Salih Yaakob bersama KE atau Raja Azura. Celoteh selambanya mudah untuk buatkan Adam tersenyum sendirian. Rupanya bukan Adam sendirian yang mempunyai kecenderungan ke arah mendengar Sinar FM berbanding siaran radio lain. Antara yang mendengar Sinar FM sentiasa ialah Epih, Fakhrul, Cedin, dan Pandir.

Ada rakan-rakan menganggap Adam pelik dan ada juga mentertawakan Adam kerana mempunyai minat yang agak Retro ini. Sebenarnya Adam tidak kisah sekiranya diperlakukan sebegitu kerana Adam mendapat kepuasan daripada apa yang Adam lakukan. Selari dengan taglinenya, Muzik Retro Terbaik – Adam akan terus menyokong Sinar FM untuk terus menyediakan muzik retro yang terbaik kepada para pendengarnya.

Untuk Streaming ke Fulamak Carta SMS Sinar, sila klik entry Fulamak Carta SMS Sinar Minggu 54.

Other articles you might like;

1 comment… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3