Tag: radio

  • Imran Ajmain feat Diana Danielle dan Nabil (Raja Lawak) – Radio

    Imran Ajmain tampil dengan sebuah lagu baru, Radio yang memperkenalkan Diana Danielle dan Nabil Raja Lawak sebagai rapper untuk lagu segar semula ini. Lagu Hanya di Radio nyanyian Headwind ini ditulis semula oleh Imran Ajmain, Adeep Nahar, Othman Mohd, S.Amin Shahab dan dirakam di Rafikoncept Studio.

    Lirik Lagu Imran Ajmain feat Diana Danielle dan Nabil (Raja Lawak) – Radio

    Mari mari ke mari
    Dengar ceritaku ini
    Siulan suara yang ke udara
    Kisah seorang musafir
    Ingin namanya terukir
    Ada ramai yang tergila gila setengah mati
    Tapi masih ada yang cemburu buta
    Bermerah mata dengan singa tiada gunanya

    [Chorus]

    Hanya di radio
    Ku rasa perhubungan cinta
    Beginilah rasa mesra nya
    Walau tiada paras dan rupa

    Mungkin tiada siapa tahu
    Apa sebenarnya berlaku
    Selalu berdepan dengan penipu
    Depan manis, semanis madu
    Siap berkata “I Love You”
    Bila tak setuju, musuh dibuatku

    Biarlah media kata ku tak sedia
    Kau belum tahu rencanaku menjajah dunia

    [Chorus]

    Walau aku seorang raja
    Tapi hanya di nama
    Takhtaku hanya penghias rupa, tak dihargai
    Cahayaku bak tujuh tuju
    Ditegur berkecai aku
    Ditakung semula air peluhku

    Biarkan melodi suara sumbangku lari
    Diriku masih elok, tak diobses nafsu nafsi

    Lirik/Lagu: Imran Ajmain / Adeep Nahar / Othman Mohd / S.Amin Shahab
    Susunan: Khairafik Khairudin @ Rafikoncept

    Video Klip Imran Ajmain – Radio (Live di No Black Tie)

    Video Klip Imran Ajmain – Radio

  • Carta Fulamak Sinar FM

    Selesai sudah untuk minggu ini. Tamatlah sudah Carta Fulamak Sinar FM yang mana takhtanya masih dipegang oleh kumpulan Slash dengan lagu mereka bertajuk Taman Astakona. Ketika ini Adam sedang berada di atas bas dalam perjalanan pulang ke Melaka untuk menamatkan dua final paper pada Rabu dan Ahad depan. Bagi peminat Sinar FM, rancangan ini sudah tentu akan menjadi ikutan anda pada setiap 9 pagi hingga 12 tengahari dan ulangan pada 9 malam hingga 12 malam pada setiap hari Ahad yang dikendalikan oleh DJ Zaidi Zainal. Carta ini menyenaraikan 30 lagu popular yang diundi oleh peminat melalui undian SMS.

    Kenapa Sinar FM? Soalam itu kerap kali ditanya oleh sahabat handai. Bukankah remaja pada zaman kini lebih gemar mendengar celoteh Fara Fauzana dan Faizal Ismail di Hot FM atau Fly Morning Crew di Fly FM? Bagi Adam, tidak. Adam lebih selesa mendengar celoteh SY, KE dan KJ dalam segmen Pagi di Sinar. Berbalik kepada soalan, Adam lebih gemarkan menala siara radio ke frekuensi Sinar FM kerana stesen radio ini amat serasi dengan Adam. Adam tidak tahu kenapa dan sejak bila Adam mula sangkut kepada stesen ini. Apa yang dapat Adam katakan ialah Adam tenang ketika mendengar lagu Alleycats, Arrow, Ukays dan AXLs dan bersama-sama dapat menghiburkan hati. Jadi mungkin sudah terjawab soalannya.

    Jiwa muda Adam tidak serasi dengan lagu-lagu masa kini yang sama sekali telah hilang identitinya. Memang benar lagu retro banyak berkisar tentang kisah cinta dan berkait perasaan, tetapi adalah lebih baik daripada lagu masakini yang langsung tidak membawa sebarang mesej. Adakah lagu hanya semata hiburan yang dimainkan tetapi tiada membawa faedah kepada pendengar? Tidak. Lagu yang baik ialah lagu yang sarat dengan mesej untuk pendengarnya.

    Selain lagu yang dimainkan, Adam juga terhibur dengan celoteh DJ seperti SY atau Salih Yaakob bersama KE atau Raja Azura. Celoteh selambanya mudah untuk buatkan Adam tersenyum sendirian. Rupanya bukan Adam sendirian yang mempunyai kecenderungan ke arah mendengar Sinar FM berbanding siaran radio lain. Antara yang mendengar Sinar FM sentiasa ialah Epih, Fakhrul, Cedin, dan Pandir.

    Ada rakan-rakan menganggap Adam pelik dan ada juga mentertawakan Adam kerana mempunyai minat yang agak Retro ini. Sebenarnya Adam tidak kisah sekiranya diperlakukan sebegitu kerana Adam mendapat kepuasan daripada apa yang Adam lakukan. Selari dengan taglinenya, Muzik Retro Terbaik – Adam akan terus menyokong Sinar FM untuk terus menyediakan muzik retro yang terbaik kepada para pendengarnya.

    Untuk Streaming ke Fulamak Carta SMS Sinar, sila klik entry Fulamak Carta SMS Sinar Minggu 54.