Facebook Phishing: Jangan Securify-kan Facebook Anda!

Facebook Securify Message

Assalamualaikum WBT. Saya ada terima satu mesej yang ditinggalkan di wall saya tentang perlunya saya perlu ‘Securify’ (mungkin gabungan perkataan Security dan Verify) daripada seorang rakan yang telah dijangkiti virus yang berkaitan. Mesejnya berbunyi, “Securify is a feature that enhances safety of users of Facebook. Please click ‘Securify’ under the comment is to improve the security of your account.”

Facebook Securify Message

Lalu saya klik dan saya dibawa ke sebuah laman web yang beralamat di http://yayasan1malaysia.org/securify/, milik Yayasan 1Malaysia. Yayasan 1Malaysia ialah “Yayasan 1Malaysia was established in July 2009 as a non-partisan, independent, and non-profit foundation. The foundation is set up by a group of like-minded Malaysians who are keen to see the concept of 1Malaysia, which is guided by the Federal Constitution, become central in the lives of all Malaysians.” Dianggotai oleh Dr Chandra Muzaffar, Tan Sri Lee Lam Thye, Dato’ Dr. Mahani Zainal Abidin dan nama-nama besar yang lain.

Facebook Phishing: Securify Yayasan 1MalaysiaModus operandinya sangant mudah, apabila para pengguna klik butang “Log In”, ruang username dan password akan terpapar dan para pengguna akan memasukkan username dan password di ruang sebelum diverify. Selepas diverify, pengguna akan terus dihantar ke laman utama Facebook.

Sebenarnya, semasa username dan password dimasukkan, proses “Verify” ini menghantar username dan password anda ke database atau ke email yang tidak dikenali. Skrip di bawah menerangkan, apabila +email+ dan +pass+ sudah diisi, arahan di go.php akan menghantar ke email atau ke database.

Facebook Phishing: Securify Yayasan 1Malaysia

Pesan saya, sila berhati hati dengan aplikasi seperti ini dan anda tidak perlu risau akan tahap keselamatan Facebook kerana sehingga hari ini adalah terbaik kecuali anda leka dengan mengisi password dan username anda di luar daripada lelaman Facebook.

Beberapa tips saya kepada anda untuk mengelakkan daripada password dan username anda dicuri,

  • Jangan sesekali login (dengan maksud lain letakkan username dan password Facebook anda) di URL selain daripada Facebook.com (rujuk gambar di atas, anda telah memasukkan username dan password di URL www.yayasan1malaysia.org, bukannya Facebook.com).
  • Pastikan anda log-out selepas anda selesai sesi bersosial di Facebook kerana kelalaian anda akan membawa padah.
  • Jangan sesekali ‘Remember Me’ jika anda menggunakan komputer yang dikongsi (seperti perpustakaan atau siber kafe) kerana orang lain boleh retrieve password anda.

P/S: Saya fikir laman web Yayasan 1Malaysia juga telah dihack untuk diletakkan script sedemikian. Semoga anda lebih berhati hati.

Comments

21 responses to “Facebook Phishing: Jangan Securify-kan Facebook Anda!”

  1. suka INFO Avatar

    owh, baru tahu.. kesimpulannya jgn berani2 beri passwood kt mana2 ruang dlm internet ni..
    thnks ADAM.. =)

    1. Adam Roslan Avatar

      Betul. Password dan Username hanyalah di URL Facebook. Jangan terkena dengan taktik kotor hacker ini.

  2. PANASSS GILER!! Avatar

    ohh bahaya yer camni,, penguna facebook kena lebih berhati-hati pasni

  3. Eichikatsu Avatar

    Salam bro..mintak izin utk share.
    Memang bagus info ni. Ramai yg dah terkena tanpa sedar.

  4. D_08 Avatar

    Lately ni kat facebook banyak betoi link2 yang bukan2….. walopon masih selamat…tapi kite tak tau sampei bile facebook bulih selamat…

    1st time awok singgah kat sini

  5. azieyalias Avatar
    azieyalias

    as salam..macam mana kalo sy da “securify”kan??..adakah FB sy telah di”hack” tanpa pengetahuan sy??..

    1. Adam Roslan Avatar

      Wassalam. Saya sarankan untuk tukar password Facebook anda dengan kadar segera sebelum hacker tersebut berbuat sesuatu.

      1. azieyalias Avatar
        azieyalias

        thanks!………it’s very useful..sy siap tukar email ag..haha..:D..pape pun teruskan usaha anda dalam membantu kami2 yg kurang pemahaman lam cyber crime ini..!..

  6. Putri ilyanie Avatar

    Salam.. bagus maklumat nie.. tadi kawan saya pun terkena.. tak boleh log in pulak fb dia lepas dia ikut arahan tu.. kecian tengoknye.. tak tahulah boleh guna ke tidak lagi fb dia..

  7. Tauke Budu Avatar

    erm macam2..ntah bior je lah

  8. JAI Avatar

    Salam bro..baru petang tadi terima pertanyaan mengenai perkara nie. Dah agak dah..anyway..gua Link entri nie nanti kat entri gua ek for Everybody Knowledge..

  9. piah becok Avatar

    uuuuuuuu… sangat jahat… kene lak kat orang cam saye yang jarang bukak fb ni, mesti cepat tertipu T___T

  10. gnie@simplystyle Avatar

    banyak sangat dah spam macam ni sekarang..

  11. OdahOne Avatar

    bagus info ni…mcm2 benda yg dieorg buat nk menipu ek…semua benda nak di hack…

  12. Kaki Wayang Avatar

    Thanks for info..copy cikit info dari blog adamroslan untuk sharing knowledge..thanks

    http://informations-the.blogspot.com/2011/05/betol-betol-hangat-hati-hati-dengan.html

  13. nur faie Avatar

    saya dah ter ‘ securify ‘ !!!

  14. uFaa Avatar

    thank you info… mmg x suka pun click2 link yg mcm ni… huhu…

  15. misz nana Avatar

    singgah sini :)

    thnx for sharing this,
    ada gak dapat post nih.. tapi x wat pape pun… hehe

  16. mun Avatar

    thanks for the info, very useful :) naseb baik memang tak rajin tekan :D haha

  17. Mahadir Ahmad Avatar

    Kalau ia digodam kenapa sampai sekarang admin tak buang lagi file-file tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *