Yuna dilantik duta Canon Malaysia

Kecemerlangan Yuna lagi terserlah apabila beliau dilantik sebagai duta produk kamera digital Canon dan mesin pencetak. Yuna yang dipilih menyertai Duta Canon Malaysia bersama kumpulan Fahrenheit, Simon Yam dan Penny Tai selepas memiliki ciri-ciri berinovasi, kreatif, berkualiti dan berkomitmen tinggi — sebagai perlambangan kejayaannya hari ini adalah disebabkan usaha keras sejak mula menyertai industri muzik.

Perlantikan Yuna sebagai Duta Canon Malaysia seleras dengan objektif Canon untuk mendekati golongan muda yang juga merupakan golongan terbesar peminatnya. Selepas ini, Yuna akan mendekati peminatnya dan pengguna produk Canon menerusi platform media sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter dan melalui blog peribadinya. Gambar-gambar Yuna juga akan dimuatkan ke laman Facebook Canon Malaysia.

P/S: Yuna memiliki Canon 5D MKII dan menggunakan kameranya untuk mengambil gambar sekiranya keluar negara!

 

Comments

13 responses to “Yuna dilantik duta Canon Malaysia”

  1. dilot Avatar

    tak berapa minat sangat dekat Yuna..=)

    1. Adam Roslan Avatar

      Tapi mesti minat kamera Canon kan. ;)

  2. meaw Avatar

    wahhhh,hebat la yuna!

    1. Adam Roslan Avatar

      Ya, cayalah. Semakin hari semakin berjaya.

  3. ida Avatar

    wahaa, yunaa :) comel meyhh.

    1. Adam Roslan Avatar

      ;) Yuna terbaik!

  4. Nad Avatar

    Go Yuna! :)

  5. taliff Avatar

    tak kisah pasal yuna…aku nak kamera DSLR Jugak!!! waaaaaaaaa

    1. Adam Roslan Avatar

      Haha. 5D MK II free sapa takmau.

  6. Hanif Avatar

    Ni aku marah!!!! Yuna pakai kamera dahsyat…
    Walau apapun di aduta Canon aku puas hatiii..
    Hidup Canon…belum pernah mengecewakan!!!

    Maaf pengguna Nikon..hehehehe. Kami ada Yuna..Nikon ada apa yekkk!!!

  7. E. Keith Owens Avatar
    E. Keith Owens

    ….ucapan tahniah atas perlantikan yuna sebagai duta canon..sudah rezeki yuna kerana yuna juga seorang yang meminati bidang fotografi..dan perlantikan ini bakal melonjakan lagi semangat yuna untuk mempelajari bidang fotografi.. ..ini adalah petikan kata-kata yuna semasa majlis tersebut .sebelum pelantikan tersebut pun dia sememangnya menggunakan kamera digital Canon sejak usia remaja lagi untuk merakamkan gambar-gambar menarik di dalam kehidupannya… Saya sangat teruja dengan pelantikan sebagai duta produk Canon. Sebelum ini sejak di bangku sekolah dan universiti saya memang merupakan pengguna jenama tersebut terutamanya kamera digital… Ciri-ciri kamera digitalnya yang mesra pengguna dan mudah untuk dikendalikan itu adalah faktor utama saya setia dengan Canon sejak dulu.. Tak sangka pula daripada pengguna setia kini saya dilantik sebagai duta produk pula katanya yang ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta Canon di Malaysia…Bercerita lanjut Yuna berkata pemilihan itu berlaku atas dasar persefahaman yang terjalin di antara pihaknya dan pengeluar produk kamera berkenaan… Semuanya bermula pada awal tahun ini apabila Canon menjadi salah satu penaja utama untuk program kembara saya iaitu Yuna Inspired… Pihak Canon memberikan sebuah kamera 5D Mark II untuk tujuan merakamkan gambar-gambar dan aktiviti saya sepanjang kembara ke Amerika Syarikat.. .tahniah dan syabas aku ucapkan kepada yuna..cuma satu je nak tegur fesyen tudung sekarang tak lawa lah..nak fesyen yang dulu…hehehe……

  8. Jumir Avatar

    Bestnya di sponsor cenggitu…..bertuah Yuna.

  9. kay Avatar

    she’s ok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *