
Pos Laju adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia untuk penghantaran ekspres ke seluruh negara mahupun ke luar negara. Perkhidmatan ini adalah adalah antara yang termurah dan berbaloi untuk digunakan selain menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspres lain seperti FedEx, UPS, Nationwide Express, Sure Reach dan lain-lain lagi. Seperti slogan mereka, barang yang dihantar “Dijamin Sampai Esok!“.
Bagaimana parsel anda dicas? Berikut adalah Kadar Harga Pos Laju untuk penghantaran domestik.
| Dokumen ( bawah 2kg ) | Bungkusan ( > 2kg ) | |||
|---|---|---|---|---|
| Pertama 500gm (RM) | Tambahan 250gm (RM) | 2.001 – 2.5kg (RM) | Tambahan 500gm (RM) | |
| Zon 1 | 3.50 | 0.80 | 9.50 | 0.50 |
| Zon 2 | 4.50 | 1.00 | 16.00 | 2.00 |
| Zon 3 | 6.00 | 1.50 | 21.00 | 3.00 |
| Zon 4 | 6.50 | 1.50 | 26.00 | 3.50 |
| Zon 5 | 7.00 | 2.00 | 31.00 | 4.00 |
Huraian Zon Penghantaran
Zon 1 – Penghantaran Bandar Tempatan
Zon 2 – Dalam Semenanjung (PM), Dalam Sarawak & Dalam Sabah
Zon 3 – Antara Sabah & Sarawak
Zon 4 – Antara PM & Sarawak
Zon 5 – Antara PM & Sabah
Walaubagaimanapun, harga ini mungkin berbeza contohnya satu parcel seberat 2 kilogram dihantar ke Sarawak akan dicas RM26 + cukai kerajaan 6% dan cas tambahan lain. Jadi, seeloknya diambil lebih 6% agar anda tidak rugi semasa membuat pos.
Sumber: Pos Laju Malaysia

Leave a Reply