
Kecemerlangan Yuna lagi terserlah apabila beliau dilantik sebagai duta produk kamera digital Canon dan mesin pencetak. Yuna yang dipilih menyertai Duta Canon Malaysia bersama kumpulan Fahrenheit, Simon Yam dan Penny Tai selepas memiliki ciri-ciri berinovasi, kreatif, berkualiti dan berkomitmen tinggi — sebagai perlambangan kejayaannya hari ini adalah disebabkan usaha keras sejak mula menyertai industri muzik.
Perlantikan Yuna sebagai Duta Canon Malaysia seleras dengan objektif Canon untuk mendekati golongan muda yang juga merupakan golongan terbesar peminatnya. Selepas ini, Yuna akan mendekati peminatnya dan pengguna produk Canon menerusi platform media sosial seperti Facebook, Youtube, Twitter dan melalui blog peribadinya. Gambar-gambar Yuna juga akan dimuatkan ke laman Facebook Canon Malaysia.
