Baru-baru ini Celcom Malaysia telah memperkenalkan plan prabayar terbaru mereka — School of X (atau SOX) bagi menyaingi pesaing terdekat mereka Maxis Telecommunication yang memperkenalkan Hotlink Youth Club (HYC). School of X ini merupakan plan prabayar yang pertama di Malaysia yang menjadikan pelajar berumur 12 hingga 18 sebagai sasaran produk ini.
Pelanggan SOX ditawarkan kadar panggilan 10 sen per minit dan 0.5 sen per SMS kepada lapan nombor pilihan mereka melalui fungsi ‘8PAX’ dan kadar 1 sen per SMS kepada semua pelanggan Celcom dan 6 sen per SMS ke rangkaian lain. Bagi panggilan ke nombor Celcom, mereka akan dikenakan cas 15 sen per minit.
Panggilan video pula dicas pada kadar 15 sen per minit dalam rangkaian Celcom dan 30 sen untuk panggilan ke nombor di luar rangkaian Celcom. Khidmat Pesanan Multimedia atau MMS pula dicas pada kadar 20 sen per MMS.
Pek permulaan School of X ini dijual pada harga RM10 dan mereka yang menambah nilai semasa pembelian akan dihadiahkan RM10 semasa pengaktifan.
Pelan ini dijangka akan menjadi pesaing terdekat kepada Maxis Youth Club dengan tawaran kadar panggilan yang lebih murah. Tapi perlu diingat, hanya mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun sahaja dibenarkan mendaftar. Kepada golongan remaja, mereka masih boleh membeli Plan University of X yang menawarkan kadar harga 10 sen per minit yang lebih menjimatkan daripada pelan Hotlink Youth Club.
Leave a Reply