Tag: Celcom SOX

  • Selamat Ulang Tahun Sayang

    Adam memetik sebuah tajuk Imran Ajmain daripada album Punca dan Tindakan. Cerita yang sebenarnya ialah bermula apabila Adam menerima satu SMS daripada Hotlink yang berbunyi:

    KHAS UNTUK ANDA! Kini anda boleh menikmati kadar TERENDAH 17 sen/30 saat ke semua nombor Maxis/Hotlink dengan 4 tahun hari aktif! Buat panggilan sekarang juga! (31707)

    Kalau berdasarkan SMS tersebut, hari ini merupakan hari ke 1440 Adam bersama dengan Hotlink. Jadi, untuk menyambutnya mereka hadiahkan kadar 17 sen/30 saat dan Adam hadiahkan lagu ini kepada mereka. Sebenarnya, apakah kadar paling rendah untuk panggilan di Malaysia? Jika anda berada dalam plan Hotlink Youth Club, anda akan mendapat kadar serendah 12 sen/minit, jika anda berada dalam pakej Celcom U.O.X atau Celcom S.O.X anda akan mendapat kadar 10 sen/minit. Sehingga kini Adam amat berpuas hati dengan kadar Celcom U.O.X yang jauh lebih murah daripada Maxis. Mungkin Maxis boleh menurunkan lagi kadar sebagai tanda penghargaan pengguna ‘setia’ mereka seperti Adam.

    Lirik Lagu Selamat Ulang Tahun Sayang – Imran Ajmain

    Yang tulus ikhlas
    Ingin sekali sekala dirinya dibalas
    Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

    Yang selalu memberi
    Ingin sekali sekala jadi penerima
    Cukup dengan salam dan manis doa

    Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
    Dan leburkan saja serpihan calar derita

    Selamat ulang tahun sayang
    Kini kau bersayap, pergilah terbang
    Rentaslah langit cita cita mu
    Harap nanti kita ‘kan bertemu

    Selamat ulang tahun sayang
    Janganlah engkau tak terbang pulang
    Ku nanti penuh kerinduan
    Selamat tinggal, selamat jalan

    Aku hanya inginkan engkau setia
    Kerana setia yang mencipta bahagiamu

  • Celcom Perkenal School of X

    Baru-baru ini Celcom Malaysia telah memperkenalkan plan prabayar terbaru mereka — School of X (atau SOX) bagi menyaingi pesaing terdekat mereka Maxis Telecommunication yang memperkenalkan Hotlink Youth Club (HYC). School of X ini merupakan plan prabayar yang pertama di Malaysia yang menjadikan pelajar berumur 12 hingga 18 sebagai sasaran produk ini.

    Pelanggan SOX ditawarkan kadar panggilan 10 sen per minit dan 0.5 sen per SMS kepada lapan nombor pilihan mereka melalui fungsi ‘8PAX’ dan kadar 1 sen per SMS kepada semua pelanggan Celcom dan 6 sen per SMS ke rangkaian lain. Bagi panggilan ke nombor Celcom, mereka akan dikenakan cas 15 sen per minit.

    Panggilan video pula dicas pada kadar 15 sen per minit dalam rangkaian Celcom dan 30 sen untuk panggilan ke nombor di luar rangkaian Celcom. Khidmat Pesanan Multimedia atau MMS pula dicas pada kadar 20 sen per MMS.

    Pek permulaan School of X ini dijual pada harga RM10 dan mereka yang menambah nilai semasa pembelian akan dihadiahkan RM10 semasa pengaktifan.

    Pelan ini dijangka akan menjadi pesaing terdekat kepada Maxis Youth Club dengan tawaran kadar panggilan yang lebih murah. Tapi perlu diingat, hanya mereka yang berumur 12 hingga 18 tahun sahaja dibenarkan mendaftar. Kepada golongan remaja, mereka masih boleh membeli Plan University of X yang menawarkan kadar harga 10 sen per minit yang lebih menjimatkan daripada pelan Hotlink Youth Club.