SINAR FM kini merupakan radio nombor 2 Malaysia dengan bilangan pendengar berjumlah 3.82 juta, peningkatan pendengar kira-kira setengah juta orang daripada kaji selidik Ukuran Pendengar Radio oleh Nielsen sebelum ini.
SINAR melakar sejarah apabila meletakkan diri ke kedudukan ke-2 selepas ERA dalam senarai stesen radio paling popular. Berjaya mengumpul 484,000 lagi pendengar, stesen Muzik Retro Terbaik ini sekarang memiliki khalayak pendengar seluas 3.82 juta orang – angka paling tinggi yang pernah dicatatkannya setakat ini. Dalam tempoh hanya satu tahun, iaitu dari April 2008 sehingga Mac 2009, SINAR menambah bilangan pendengar sebanyak lebih 1.2 juta, menjadikannya stesen radio paling cemerlang sepanjang jangka masa tersebut. Perkembangan ini menunjukkan trend pendengar yang menggemari kandungan muzik yang lebih matang, terutama lagu-lagu daripada era retro yang gemilang.
SINAR Pagi kendalian Krill, Raja Azura dan Salih Yaccob makin hari makin digemari. Program ini sahaja kini meraih 2 juta pengikut, bertambah hampir 384,000 orang berbanding pada kajian sebelum ini. Ia merupakan rancangan sarapan ke-2 popular di Malaysia, dibezakan dengan hanya 67,000 pendengar berbanding program yang berada di tangga teratas. Malah, rancangan hujung minggu SINAR turut menarik sebilangan besar pendengar radio terutama pada waktu pagi dan malam. Kelompok pendengar SINAR adalah yang paling besar pada Sabtu dan Ahad iaitu seramai 2.7 juta, menjadikan SINAR stesen No. 1 sepanjang hujung minggu. Jika dahulu pendengar eksklusif SINAR hanya 105,000, kali ini 649,000 hanya memilih SINAR setiap kali mereka mendengar radio – peningkatan pendengar eksklusif paling tinggi antara kesemua stesen radio.
Pengurus Rancangan SINAR, Rostam Said mengakui pencapaian ini agak mengejutkan, “Suasana penyiaran radio di negara ini semakin meriah dengan tumbuhnya stesen-stesen baharu yang mewarnai lagi industri. Kerana itulah peningkatan jumlah pendengar yang sebegini besar tidak kami jangka. Faktor utama kejayaan ini tentunya adalah barisan penyampai yang mantap dan muzik yang hebat”.
Kajian Nielsen menunjukkan ERA kekal sebagai stesen radio no. 1 Malaysia, diikuti dengan SINAR di tempat ke-2, dan Hot FM di tempat ke-3. Ini merupakan kali kesembilan belas berturut-turut kajian Nielsen meletakkan ERA sebagai radio No. 1 Malaysia !
Sumber: SINAR KINI STESEN NO. 2 PALING POPULAR
Other articles you might like;
dah lama tak dengar radio.. kalau dengar pun, masa drive atau naik kete je..
Lagipun sekarang anak belia lebih gemarkan dengar lagu kesukaan mereka melalui pemain MP3, merisaukan sesetengah stesyen radio kerana akan menjatuhkan rating mereka.
Apa pun Sinar FM tetap r0x! ;)