
HPA Industries Sdn. Bhd melalui Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. telah melancar Radix Fried Chicken (RFC) yang mana francais rangkaian makanan segera yang pertama milik Bumiputera Islam di Malaysia. RFC yang mula beroperasi pada 1 Jun 2008 ini kini telah mempunyai dua cawangan di Sungai Petani, Kedah dan Alor Setar, Kedah. Cawangan yang ketiga mereka akan dibuka di Kangar, tidak lama lagi.
Berlandaskan kepada moto, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” prinsip tersebut menjadi asas kepada pegangan dalam setiap pengurusan dan operasi serta tatasusila syarikat dalam menjalankan perniagaan restoran makanan segera. Objektif syarikat adalah menyediakan pilihan makanan segera halal kepada umat Islam dan masyarakat secara umumnya.
