
HPA Industries Sdn. Bhd melalui Radix Fried Chicken Sdn. Bhd. telah melancar Radix Fried Chicken (RFC) yang mana francais rangkaian makanan segera yang pertama milik Bumiputera Islam di Malaysia. RFC yang mula beroperasi pada 1 Jun 2008 ini kini telah mempunyai dua cawangan di Sungai Petani, Kedah dan Alor Setar, Kedah. Cawangan yang ketiga mereka akan dibuka di Kangar, tidak lama lagi.
Berlandaskan kepada moto, “Produk Halal Tanggungjawab Bersama” prinsip tersebut menjadi asas kepada pegangan dalam setiap pengurusan dan operasi serta tatasusila syarikat dalam menjalankan perniagaan restoran makanan segera. Objektif syarikat adalah menyediakan pilihan makanan segera halal kepada umat Islam dan masyarakat secara umumnya.
Seperti rangkaian makanan segera yang lain, RFC menawarkan pelbagai variasi makanan yang berasaskan makanan ala barat antaranya;
- Ayam goreng
Ayam yang digoreng dari sejuk beku terus ke dalam minyak sayuran yang bermutu tinggi dengan suhu mengikut piawaian keselamatan makanan. - Bun
Roti yang segar dihantar terus dari kilang untuk memastikan mutu dan kualiti berada dalam keadaan selamat. - Mashed Potatoes & Gravy
Mempunyai citarasa yang berbeza daripada pesaing yang mana lebih lembut dan berkrim, berempah serta lebih halus. - Coleslaw
Sayur-sayuran yang dicampurkan bersama mayonis sesuai bagi mereka yang menggemari makanan ala barat dan sangat enak dimakan bersama ayam goreng organik. - Mix Salad
Berupaya memberi peluang kepada sesiapa yang merancang program diet. Mix Salad adalah hasil daripada campuran Salad, tomato dan sayuran segar sesuai untuk mereka yang vegetarian. Kehebatan Mix Salad dapat menyumbang kepada faktor kesihatan dengan memberi tenaga, karbohidrat, protein dan garam.
Untuk mempelbagaikan lagi variasi pilihan makanan, mereka memperkenalkan Rosties atau nugget pada harga RM 3.80 untuk 5 ketul, Rice Delight atau nasi ayam pada harga RM8.95 dan juga Herb Burger dari harga serendah RM5.35. Untuk minuman, anda boleh memilih sama ada Radix Kola, Jus Jambu, atau Coklat Ais.
Pendapat peribadi Adam, Adam amat menyokong usaha HPA Industries untuk membina rangkaian makanan segera berlandaskan Islam di Malaysia sebagai alternatif kepada ayam goreng KFC. Adam sendiri telah merasai kehebatan ayam goreng RFC ini. Ayamnya agak besar berbanding ayam KFC, mungkin kerana ayam organik yang dibela dengan teknologi tinggi lebih berisi. Paling menyelerakan ialah Sos Cili dan Sos Thai yang terasa kepedasan yang menyelerakan. Mungkin sama dengan Sos Ladas atau Sos Life oleh KFC dan Kimball.
Rasanya tak rugi kalau mencuba dan merasai kehebatan ramuan herba yang diperkenalkan oleh Tn. Hj. Ismail bin Ahmad ini. Untuk maklumat lanjut berkaitan Radix Fried Chicken, anda boleh ke laman web rasmi mereka atau ke laman web HPA Industries.

Leave a Reply