
Pos Laju adalah satu perkhidmatan yang disediakan oleh Pos Malaysia untuk penghantaran ekspres ke seluruh negara mahupun ke luar negara. Perkhidmatan ini adalah adalah antara yang termurah dan berbaloi untuk digunakan selain menggunakan perkhidmatan penghantaran ekspres lain seperti FedEx, UPS, Nationwide Express, Sure Reach dan lain-lain lagi. Seperti slogan mereka, barang yang dihantar “Dijamin Sampai Esok!“.
Bagaimana parsel anda dicas? Berikut adalah Kadar Harga Pos Laju untuk penghantaran domestik.
| Dokumen ( bawah 2kg ) | Bungkusan ( > 2kg ) | |||
|---|---|---|---|---|
| Pertama 500gm (RM) | Tambahan 250gm (RM) | 2.001 – 2.5kg (RM) | Tambahan 500gm (RM) | |
| Zon 1 | 3.50 | 0.80 | 9.50 | 0.50 |
| Zon 2 | 4.50 | 1.00 | 16.00 | 2.00 |
| Zon 3 | 6.00 | 1.50 | 21.00 | 3.00 |
| Zon 4 | 6.50 | 1.50 | 26.00 | 3.50 |
| Zon 5 | 7.00 | 2.00 | 31.00 | 4.00 |


