Surat untuk Mohd Ismail

Adam Roeslani Roslan
d/a www.adamroslan.com

———————

Kepada sesiapa yang berkenaan.

Tuan,
PERTANDINGAN CABUTAN BERTUAH PEMBACA MOHDISMAIL.NET

Perkara diatas adalah dirujuk. Bahawasanya Mohd Ismail yang beralamat di www.mohdismail.net sedang menganjurkan Pertandingan Cabutan Bertuah untuk Pembaca MohdIsmail.Net yang mana menawarkan hadiah sebuah iPod Shuffle generasi kedua berkapasiti satu (1) gigabyte.

2. Para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah mendapatkan tiket untuk cabutan melalui beberapa kaedah seperti yang berikut:

i. Ikut beliau di laman Twitter di www.twitter.com/mohdismail dan anda layak dengan satu (1) tiket, atau

ii. Tulis entri berkaitan pertandingan ini di mana-mana ruangan menulis dan anda layak mendapat lima (tiket), atau

iii. ‘Snap’ gambar anda bersama tulisan www.mohdismail.net dan muat naik ke laman FlickR dan anda akan mendapat sepuluh (10) tiket.

3. Tarikh tutup bagi pertandingan ini adalah selepas 30 hari daripada tarikh 13 Mac 2009. Pertandingan ini terbuka kepada semua bloggers yang memahami kaedah-kaedah di atas dan tidak layak kepada kroni Mohd Ismail.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,

…………………………………..
(ADAM ROESLANI ROSLAN)

sk MohdIsmail.net

Comments

2 responses to “Surat untuk Mohd Ismail”

  1. abdusfauzi Avatar

    nak jugak surat2 ni. hehe. kemas la plak.

  2. […] tengok ada saja pertandingan yang dianjurkan oleh blogger. Paling best apabila Mohd Ismail tawarkan iPod Shuffle 1GB untuk pembacanya. Lagi? Teka Tangan Peanut oleh Cik Peanut dan juga Contest untuk Pembaca oleh […]

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *