≡ Menu

Tahniah Doktor!

Sedikit masa diambil untuk memberi penghargaan kepada Hawa — adik Adam yang baru-baru ini mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPMnya. Beliau telah berjaya mendapat 10 A1 dan 1 A2 keseluruhannya. 

Dan kini, beliau sedang bersiap sedia untuk meneruskan pelajarannya dalam bidang kedoktoran. Minggu ini khabarnya beliau telah menghadiri taklimat berkaitan kedoktoran di Hospital Besar Tuanku Fauziah. Nampaknya beliau amat bersungguh-sungguh untuk mengejar cita-citanya. Abang di sini akan sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Dik Wa. Semoga kejayaan akan sentiasa bersama kita.

P/S – Adam di Cheras untuk menyelesaikan beberapa tugasan di sini sebelum bersedia untuk berhempas pulas pada minggu hadapan dengan final test dan presentation. Esok, Miown akan naik kapal. Ke India katanya. Tahniah juga kepada beliau. Setelah enam bulan penantian, kita masanya telah tiba. Pandir juga sudah menjalani praktikal sebagai guru di SK Tambun Tulang. Adoi, semua dah bekerja — Adam bila lagi?

Other articles you might like;

1 comment… add one
  • ahfizfazi April 11, 2009, 4:54 pm

    belaja doktor minda dan jiwa kena kuat.. kalau tak baik toksah jadik doktor.. jadi doktor kena sacrifies hidup, then baru boleh berjaya.. trust me

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: