≡ Menu

Hadiah Hari Jadi

Salam. Kalau dari minggu lepas asyik terfikir apakah hadiah hari jadi sempena 20 tahun ni, hari ni Adam dah dapat jawapannya. Kalau Fakhrul menyarankan untuk membeli HTC Touch Pro, Adam akan jawab tidak. Mahal sungguh harga gadjet itu. Adam sehingga kini masih senang dengan E71 yang dibeli 5 bulan lepas. Walaupun berumur 5 bulan, tapi sungguh bermakna bagi Adam.

Jadi, hadiah yang ditunggu-tunggu ialah satu nama domain dot com untuk blog ini, www.adamroslan.com — wah, sudah mempunyai nama domain sendiri ya! Tahniah kepada Adam’s Playground kerana tidak lagi menumpang di mana-mana domain. Itulah kepuasan yang akan Adam perolehi. Biarlah melabur sejumlah wang untuk sesuatu yang akan buatkan kita mendapat kepuasan ya. InsyaAllah selepas ini Adam akan berusaha untuk membuat posting yang lebih untuk bacaan umum.

Sedikit kisah menarik sepanjang minggu ini. Kesibukan menyiapkan laporan akhir amat jelas terasa. Disamping beberapa tugasan untuk Kolej Lekiu menjadikan masa Adam selalu tidak cukup.

Wakaf Kolej Lekiu selepas dicat dengan coklat keemasan!

Caption – “Baldi dan Fahmi” semasa kerja-kerja mencuci level

Minggu ini juga adalah Minggu Evaluasi Kolej Lekiu dimana barisan tertinggi Kolej Lekiu bersama juri jemputan mengadakan proses pemarkahan untuk level dan bilik yang dihias. Hasilnya, 3 bilik tercantik telah dijumpai dan diwartakan sebagai bilik contoh Kolej Lekiu. Berita terbaru daripada Tuan Azman, Encik Najib – wakil Pejabat Kolej bahawa Kolej Lekiu adalah satu-satunya kolej siswa yang berjaya menjadi pesaing kepada kolej siswi yang lain. Ini bermakna, Kolej Lekiu adalah terbaik dalam kalangan kolej siswa yang lain.

Semasa entri ini ditulis, sebentar tadi diberitakan bahawa empat orang siswa UiTM Melaka terlibat dalam kemalangan maut di Sungai Petai, Melaka. Al-Fatihah kepada Allahyarham dan salam takziah kepada keluarga mangsa. Kejadian seperti ini banyak mengingatkan Adam agar tidak leka, dan sentiasa untuk tunduk kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan memanggil hambanya tanpa diduga.

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • sofea May 16, 2009, 12:46 pm

    wahhh..uitm diatiku,,cayalah kolej lekiu..walaupun salu bertekak dengan kolej tun puteri tapi korg tetap bes..

  • sofea May 16, 2009, 12:48 pm

    takziah kepada mangsa,,pape pun idup mesti diteruskan..idup uitm melaka!!

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3

Next post:

Previous post: