Tag: ipod

  • Apakah Maksud ‘i’ dalam Produk Apple?

    Apakah Maksud ‘i’ dalam Produk Apple?

    Diperkenalkan pada tahun 1998, Huruf ‘i’ disetiap pangkal produk keluaran Apple Inc membawa maksud internet, individual, inform (maklumat), instruct (arahan), dan inspire (inspirasi).

    Produk pertama yang menggunakan awalan ‘i’ ialah iMac pada tahun 1998 selepas Steve Jobs menggabungkan kehebatan Internet dan Macintosh dalam sebuah mesin.

  • Menang iPod Touch di Machines

    Menang iPod Touch di Machines

    Saya ada satu kisah dulu. Dua tahun lepas kalau tak silap. Kenalan saya ni betul betul minat nakkan sebijik iPod Touch. Zaman tu iPod Touch harga masih mahai, tolak tambah menghampiri RM900. Saya sebagai unauthorized dealer kepada Apple ni buat la survey untuk menyedapkan hati dia. Memang takda sapa pun berani juai iPod Touch kurang daripada RM900. Hari ini kita boleh tengok, iPod Touch boleh dapat dalam sekitar RM500 dengan kondisi second hand. Itu bukan ceritanya. Saya nak maklum bahawa Machines Malaysia sedang menganjurkan pertandingan Daratkan Kapal Terbang dan anda berpeluang memenangi sebuah Apple iPod Touch 8GB percuma! Caranya mudah. Pergi ke Machines dan main game Flight Control, daratkan kapal terbang dan helikopter paling banyak. Sehingga hari ini, Abdul Rahman Yusmadi telahpun mendaratkan 106 kapal terbang.

    TOP SCORE! 106 aircraft landed. Beat Abdul Rahman Yusmadi and land more than 106 aircraft and stand a chance to win an iPod touch 8GB. Drop by any Machines outlet to play Flight Control game on the iPod touch and post up your best score. Its that easy to win an iPod touch, no purchase required. Hurry contest ends June 2010.
    Saya pun cuba jugak, 31 saja. Hahaha.
  • Surat untuk Mohd Ismail

    Surat untuk Mohd Ismail

    Adam Roeslani Roslan
    d/a www.adamroslan.com

    ———————

    Kepada sesiapa yang berkenaan.

    Tuan,
    PERTANDINGAN CABUTAN BERTUAH PEMBACA MOHDISMAIL.NET

    Perkara diatas adalah dirujuk. Bahawasanya Mohd Ismail yang beralamat di www.mohdismail.net sedang menganjurkan Pertandingan Cabutan Bertuah untuk Pembaca MohdIsmail.Net yang mana menawarkan hadiah sebuah iPod Shuffle generasi kedua berkapasiti satu (1) gigabyte.

    2. Para peserta yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah mendapatkan tiket untuk cabutan melalui beberapa kaedah seperti yang berikut:

    i. Ikut beliau di laman Twitter di www.twitter.com/mohdismail dan anda layak dengan satu (1) tiket, atau

    ii. Tulis entri berkaitan pertandingan ini di mana-mana ruangan menulis dan anda layak mendapat lima (tiket), atau

    iii. ‘Snap’ gambar anda bersama tulisan www.mohdismail.net dan muat naik ke laman FlickR dan anda akan mendapat sepuluh (10) tiket.

    3. Tarikh tutup bagi pertandingan ini adalah selepas 30 hari daripada tarikh 13 Mac 2009. Pertandingan ini terbuka kepada semua bloggers yang memahami kaedah-kaedah di atas dan tidak layak kepada kroni Mohd Ismail.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar,

    …………………………………..
    (ADAM ROESLANI ROSLAN)

    sk MohdIsmail.net