Hari ini Adam bersama warga level 2 wing 2 mengadakan percutian ke Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan. Antara yang menyertai percutian ini ialah Aliff, Hafiz, Shafiq, Khairul Anuar, Zaid dan Helmi. Walaupun pada awalnya percutian pendek ini dirancang untuk semua penghuni level, tetapi beberapa masalah telah menghalang niat kami. Kami ke sana menaiki sebuah Perodua Myvi dan Yamaha LC.
Chong, Adam, Pukau @ Cha, Kopit, Ais Krim, Epih
Perjalanan bermula kira-kira jam 2 petang melalui jalan Linggi mengambil masa sejam untuk sampai ke Port Dickson. Suasana jalan yang lenggang menyebabkan perjalanan terasa jauh ditemani deretan pokok kelapa sawit. Juga kerja-kerja pelebaran jalan menyebabkan jalan rosak dan berlopak, juga debu-debu yang berterbangan.
Chong, Ais Krim, Tong, Aliff Cha, Adam, Kopit
Setibanya di Teluk Kemang, kami memulakan percutian dengan perlawanan futsal 3-lawan-3 yang mana dimenangi oleh pasukan Adam, Aliff dan Helmi menentang Shafiq, Zaid dan Khairul Anuar dengan kiraan 3-1. Kemudian, kami bermain air dan bermandi-manda untuk menghilangkan keletihan. Ketika berseronok, kami ditawarkan untuk menaiki ‘Banana Boat’ oleh salah seorang pengusaha sukan air di situ. Dengan bayaran RM15, kami dijanjikan dengan rondaan sekitar Teluk Kemang selama 20 minit dengan 3 kali jatuhan. Oleh kerana desakan rakan-rakan, Adam terpaksa menyertai mereka untuk menaiki banana boat kerana Adam kurang mahir dalam sukan air.
Adam, Epih, Aliff Cha, Tong, Kopit, Chong dan Ais Krim
Adam mendapat pengalaman baru dalam sukan air dengan menaiki banana boat ini. Kami dibawa hingga ke tengah lautan lalu dibiarkan jatuh sebelum dijemput semula untuk menaiki bot tersebut. Jatuhan ketiga berhampiran pesisir pantai menandakan berakhirnya pengembaraan kami ke tengah laut. Kemudiannya kami mengambil gambar kenang-kenangan sebelum bergerak pulang.
Other articles you might like;
wish to gain this kind of experience again . :D