≡ Menu

Mufti Perlis: Utamakan Pasangan yang Tidak Merokok

Sebenarnya Adam tertarik dengan posting Mufti Perlis, Dr. Asri Zainul Abidin yang bertajuk “Utamakan Pasangan yang Tidak Merokok” dalam blog rasmi beliau yang menegaskan agar wanita pada zaman ini sebolehnya mengahwini lelaki daripada golongan yang tidak merokok. Pendapat yang diutarakan ini adalah benar dan secara logiknya memang wanita pada masa kini boleh menasihatkan agar pasangan berhenti merokok sama ada yang sudah atau belum berkahwin.

Menurut beliau, Islam menyarankan agar umatnya untuk memilih pasangan yang mempunyai pegangan agama yang kuat juga akhlak yang baik tetapi rokok telah mencacatkan peribadi seorang muslim itu. Oleh itu, sebaik-baiknya umat Islam ditegah merokok kerana amalan ini adalah makruh malah ada juga menfatwakan sebagai haram seperti yang diterangkan oleh Dr Abdul Jalil Shalabi yang mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan masyarakat.

Dr. Asri menerangkan bahawa terdapat beberapa alasan mengapa beliau menyarankan agar pemilihan pasangan dipilih daripada golongan yang tidak merokok adalah seperti berikut:

  1. Perokok sentiasa melakukan perkara yang ditegah oleh agama iaitu merosakkan diri. Majoriti para ulama zaman ini mengharamkan rokok.
  2. Perokok bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga keluarga; isteri dan anak-anak yang akan terhidu asap beracun rokok. Sepatutnya ibubapa melindungi anak dan keluarga, bukan membahayakan mereka.
  3. Ramai perokok yang tidak menjaga kebersihan. Bahkan rokok itu sendiri mengotorkan diri. Di samping betapa banyak tandas dan kemudahan awam lain rosak atau cacat disebabkan kesan rokok yang dihisap oleh penggunanya. Ciri yang seperti ini kurang baik bagi seseorang bapa atau ibu yang akan mengepalai keluarga dan rumahtangga.
  4. Rokok adalah pembaziran. Ramai perokok yang ketagihan sanggup utamakan membeli rokok daripada pemintaan keluarga atau keperluan keluarga yang lain. Mereka berkira untuk perkara-perkara yang baik atau perlu, tetapi lupa diri atau ringan tangan untuk membeli sekotak rokok yang sentiasa meningkat harganya.
  5. Merokok adalah contoh yang tidak baik untuk anak-anak. Maka perokok mencacatkan ciri-ciri keibubapaan. Justeru, ramai anak perokok turut merokok samada setelah dewasa atau sebelum cukup dewasa.

Jadi, pendapat beliau dalam hal ini seharusnya diambil perhatian secara serius oleh semua wanita agar mereka lebih peka dalam hal ini. Adam juga dengan niat untuk menasihatkan rakan-rakan agar mereka berusaha untuk meninggalkan kegiatan merokok yang secara terang-terangan membawa kepada kemudaratan kesihatan diri.

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • TuN TeJa November 16, 2008, 6:28 pm

    Assalamualaikum…

    teja sangat2 dan amat2 bersetuju dengan mufti perlis…
    hahah

  • cedin November 17, 2008, 3:21 am

    kalau nak aku benti… sila berikan maklumat teperinci.. sapa yang mati time tgh isap rokok dan telah dia bedah siasat mati sebab rokok.

Leave a Comment