Tag: kolej lekiu

  • Hadiah Hari Jadi

    Hadiah Hari Jadi

    Salam. Kalau dari minggu lepas asyik terfikir apakah hadiah hari jadi sempena 20 tahun ni, hari ni Adam dah dapat jawapannya. Kalau Fakhrul menyarankan untuk membeli HTC Touch Pro, Adam akan jawab tidak. Mahal sungguh harga gadjet itu. Adam sehingga kini masih senang dengan E71 yang dibeli 5 bulan lepas. Walaupun berumur 5 bulan, tapi sungguh bermakna bagi Adam.

    Jadi, hadiah yang ditunggu-tunggu ialah satu nama domain dot com untuk blog ini, www.adamroslan.com — wah, sudah mempunyai nama domain sendiri ya! Tahniah kepada Adam’s Playground kerana tidak lagi menumpang di mana-mana domain. Itulah kepuasan yang akan Adam perolehi. Biarlah melabur sejumlah wang untuk sesuatu yang akan buatkan kita mendapat kepuasan ya. InsyaAllah selepas ini Adam akan berusaha untuk membuat posting yang lebih untuk bacaan umum.

    Sedikit kisah menarik sepanjang minggu ini. Kesibukan menyiapkan laporan akhir amat jelas terasa. Disamping beberapa tugasan untuk Kolej Lekiu menjadikan masa Adam selalu tidak cukup.

    Wakaf Kolej Lekiu selepas dicat dengan coklat keemasan!

    Caption – “Baldi dan Fahmi” semasa kerja-kerja mencuci level

    Minggu ini juga adalah Minggu Evaluasi Kolej Lekiu dimana barisan tertinggi Kolej Lekiu bersama juri jemputan mengadakan proses pemarkahan untuk level dan bilik yang dihias. Hasilnya, 3 bilik tercantik telah dijumpai dan diwartakan sebagai bilik contoh Kolej Lekiu. Berita terbaru daripada Tuan Azman, Encik Najib – wakil Pejabat Kolej bahawa Kolej Lekiu adalah satu-satunya kolej siswa yang berjaya menjadi pesaing kepada kolej siswi yang lain. Ini bermakna, Kolej Lekiu adalah terbaik dalam kalangan kolej siswa yang lain.

    Semasa entri ini ditulis, sebentar tadi diberitakan bahawa empat orang siswa UiTM Melaka terlibat dalam kemalangan maut di Sungai Petai, Melaka. Al-Fatihah kepada Allahyarham dan salam takziah kepada keluarga mangsa. Kejadian seperti ini banyak mengingatkan Adam agar tidak leka, dan sentiasa untuk tunduk kepada Allah. Sesungguhnya Allah akan memanggil hambanya tanpa diduga.

  • Hal Wanita

    Hal Wanita

    “Lagi satu, ko ingat zaman sekarang ni cinta remaja tu boleh pakai setia dalam hati ja ka. No way. Ko tadak duit memang jalan la. Macam mana nak beli tiket wayang, pop corn lagi!”

    Itulah petikan dalam Novlog (kependekan kepada Novel Blog) Karya Shah Kang. Adam sarankan kawan-kawan membaca novel ini kerana banyak mesej tersirat yang dibawa oleh penulis. Sebagai seorang remaja Muslim khasnya, kita perlu sedar bahawa cinta yang sebenar-sebenar bukanlah sebelum kahwin dan hanya akan berlaku selepas kahwin. Maaf kepada kawan-kawan yang tidak menyokong pernyataan ini. Tanpa berbual lebih, eloklah terus membaca Bahagian 1 : Arlogi Hidup dan Sambungan Arlogi Hidup di laman web peribadi penulis.

    Kenapa tajuk seperti di atas dipetik? Mungkin kerana Adam banyak memikirkannya. Ala, siapa lagi kalau bukan teman. Teman sepermainan atau teman sepembelajaran mungkin? Haha. Biarlah, tiada apa yang penting di sana. Cuma bila sampai ketika akan berlakulah proses kekacauan jiwa. Sapa tak kacau bila awek mintak break!

    Oh, gambar di atas pula semasa Adam dalam kelas Photo Journalism pada semester lepas. Gadis di sebelah ialah Nur Azzah, rakan sekelas. Apa yang menarik tentang gambar ini adalah mungkin kerana pencahayaannya. Rasanya gambar ditangkap berbantu speedlite. Sejak kamera disimpan, tiada lagi set-set gambar baru untuk dimuat naik ke sini. Kalau ada pun mungkin hanya menggunakan kamera 3.2mp E71 yang bergrainy itu.

    Harini ialah hari demam semula. Maksudnya selepas demam dah kebah, jadi demam balik. Faktor sekeliling mungkin. Apa pun kalau dapat sup panas ni mesti menarik. Hari ini berlangsung juga Feskom — Festival Komunikasi di Padang Kawad, UiTM Lendu. Adam sempat ke sana pada sebelah petangnya. Pada sebelah paginya, Adam menjayakan gotong royong untuk Hari Terbuka Kolej yang akan dirasmikan pada minggu depan. Wakaf dicat baru. Cantik dengan hiasan bunga menjalar. Tunggu kamera Epih berjaya dicas, Adam akan ke bawah untuk mengambil beberapa keping gambar untuk posting masa depan.

    Cukup setakat ini rasanya. Sekarang adalah musim demam. Jaga diri. Wassalam.

  • Sepetang di Teluk Kemang

    Sepetang di Teluk Kemang

    Hari ini Adam bersama warga level 2 wing 2 mengadakan percutian ke Teluk Kemang, Port Dickson Negeri Sembilan. Antara yang menyertai percutian ini ialah Aliff, Hafiz, Shafiq, Khairul Anuar, Zaid dan Helmi. Walaupun pada awalnya percutian pendek ini dirancang untuk semua penghuni level, tetapi beberapa masalah telah menghalang niat kami. Kami ke sana menaiki sebuah Perodua Myvi dan Yamaha LC.

    Chong, Adam, Pukau @ Cha, Kopit, Ais Krim, Epih

    (more…)