Paling terharu, 100% duit pembelian motor ini, adalah duit melalui pendapatan internet yang Khai terima dan kumpul selama ini (plus RM650 duit insurans motor lama). Alhamdulillah dan motor ini di bawah nama Khai sendiri.
~ Khai
Ya! Quote tersebut dipetik daripada tulisan Khai di entri beliau bertajuk Awek baruku adalah 125ZR yang baru mungkin membuatkan anda tertanya-tanya bagaimana Khai boleh membeli sebuah motorsikal 125ZR daripada pendapatan Internet? Pernah Adam bercerita di Buat Duit daripada Internet tentang bagaimana untuk mencari pendapatan sampingan daripada Internet. Selain itu banyak lagi cara-cara yang tidak dimasukkan ke dalam posting tersebut yang boleh diperolehi secara meluas di Internet.
Ingin juga Adam kongsikan di sini tentang Pendapatan Adam di Internet. Bukan untuk menunjuk-nunjuk tapi sekadar berkongsi pengalaman. Walaupun tidaklah sehebat penulis-penulis blog yang lain tapi Adam berbangga kerana dapat menjana pendapatan sampingan daripada Internet. Cara yang paling mudah untuk menjana wang daripada Internet ialah dengan meletakkan iklan di laman web. Dengan cara ini, Adam telah berjaya memperoleh dua kali cek bernilai USD100++ daripada Google AdSense dan 2 kali cek bernilai RM57 dan RM143 daripada Nuffnang. Anda boleh melakukan kajian terhadap blog yang lebih tinggi trafiknya dan berapakah jumlah pendapatan mereka melalui iklan?
Selain daripada itu, Adam juga menjalankan perniagaan Internet dengan menyediakan perkhidmatan membangunkan laman web. Alhamdulillah, dapat juga Adam membeli apa yang Adam idamkan tanpa meminta daripada orang lain. Itu adalah satu kepuasan. Jika anda tanyakan kepada Khai dengan mengaitkan statement di atas, sudah pasti beliau akan menjawab, “Kepuasan adalah membeli idaman menggunakan wang sendiri”. =)
Anda boleh mengunjungi blog Internet Marketers seperti SaifulSham untuk mendapatkan pelbagai tips dan e-book panduan percuma untuk memulakan langkah kanan dalam menjana wang daripada Internet.