≡ Menu

Membeli barang dari China melalui Ali Express

Membeli barang dari China melalui Ali Express

Salam. Dua tiga hari kebelakangan ni saya selalu menjenguk laman web jual beli terbesar di China (atau Asia, atau mungkin seluruh dunia) iaitu Ali Baba. Ali Baba dikenali sebagai platform pembekal produk di China untuk dijual secara borong ke seluruh dunia. Jadi bagi mereka yang tak berkesempatan untuk sertai mana-mana rombongan beli borong ke China, bolehlah tengok-tengok barang di sana.

Ali Baba juga ada laman web kedua iaitu Ali Express yang mana menjual produk dari China pada skala yang lebih kecil. Berbeza dengan Ali Baba, Ali Express membolehkan anda membeli barang pada kuantiti yang kecil dengan kos penghantaran percuma. Forumers di Cari Gold ada membincangkan perkara ini di thread ini.

Banyak nasihat dan tips membeli dari laman Ali Express boleh didapati di sana. Antaranya yang perlu diberi perhatian ialah rating penjual, selain daripada feedback yang diterima mereka. Dua perkara ini boleh membantu anda mengenalpasti penjual yang jujur.

Saya telah buat survey di Mudah.my untuk mengenalpasti produk yang panas di pasaran tetapi kurang pesaing. Antara produk yang menarik perhatian saya buat masa ini ialah alat penjejak GPS atau GPS tracker. Pada minggu lepas, hanya ada dua peniaga di Mudah.my yang mengiklankan GPS tracker ini pada harga RM490. Hari ini jumlah carian berubah, hampir tiga muka surat keputusan carian dengan kata kunci “gps tracker” dengan harga serendah RM250 sahaja.

Apa kelebihan GPS tracker ini?

Banyak model yang dijual di Mudah.my, antaranya yang menggunakan bateri boleh cas, ada yang guna bateri kereta/motorsikal dan ada yang mampu mematikan kenderaan secara kawalan jauh. Secara asasnya GPS tracker ini boleh berkomunikasi dengan anda melalui sistem SMS dan panel kawalan di Internet atau aplikasi mobil. Pengguna boleh menjejak di mana kenderaan berada dengan satu SMS sahaja! Pada saya, gajet ini boleh dijual kepada mereka yang mempunyai kereta, motorsikal dan paling penting motorsikal berkuasa besar.

Tapi permainan sudahpun bermula, sudah ramai pengimport yang menjual gajet ini di Malaysia. Tapi pasarannya amat besar, mesti cepat ambil peluang.

Other articles you might like;

11 comments… add one
  • Manan Qayyim September 20, 2014, 2:50 am

    penah dengar pasal Ali Express ni, tp blum ade pengalaman membeli….
    Entri terkini Manan Qayyim: 5 Universiti di Malaysia, Terbaik di DuniaMy Profile

    • Adam Roslan September 20, 2014, 8:05 pm

      Itulah, kalau kali pertama memang berdebar sikit takut kena tipu ke apa kan. Lagipun benda kita tak boleh nak test dulu sebelum beli. Kalau terus beli bulk, rosak memang menangis ler. Hehe.

  • titan September 20, 2014, 7:41 am

    Dulu..selalu hak shopping barang kat sini.
    Entri terkini titan: Pilih Hosting yang sesuai dengan keperluan kita.My Profile

    • Adam Roslan September 20, 2014, 8:01 pm

      Macam mana pengalaman shopping kat sana? Barang memang murah, harga kilang. Tapi cons dia kita taktau kualiti dia macam mana kan. Haha.

  • sabree hussin September 20, 2014, 12:53 pm

    maknanya penggunaan alat ni menambahkan ciri-ciri keselamatan la ye?
    Entri terkini sabree hussin: Perniagaan Anda Tidak Disenaraikan Di Laman Web Google?My Profile

    • Adam Roslan September 20, 2014, 7:55 pm

      Betul, kalau iPhone ada Find iPhone, kenderaan kesayangan jugak kena ada Find My Bike ni. Hehe. Kalau kereta mahal mahal mungkin dah built in, tapi kalau kereta/motor yang biasa kena pasang la. Saya baru nak cuba la. Teringin nak join dak?

  • muja September 21, 2014, 12:24 am

    kena elak bukk web ni nmpknya.. nnti licin lak poket.. huhuu
    Entri terkini muja: Review di Mujadafewa | Xiaomi Hongmi/Redmi 1SMy Profile

  • Hanny Abdullah September 22, 2014, 1:22 am

    Sis pun rajin gak beli barang online ni..setakat ni alhamdulillah belum pernah lagi terkena
    Entri terkini Hanny Abdullah: Dengan Alpha Lipid Lifeline Tiada Lagi Tongkat SaktiMy Profile

  • Siti travelog September 22, 2014, 4:08 am

    Pernah beli tapi kualiti barang tak cantik la..kena pandai-pandai pilih. Ada tip tak?
    Entri terkini Siti travelog: Travel contest | Apa yang menarik di Busan?My Profile

  • siti hazreen September 28, 2014, 12:53 am

    kena cuba nih ;)
    Entri terkini siti hazreen: Seminar Kerjaya Murid Bersama Ibu Bapa Peringkat Negeri Sembilan 2014My Profile

  • Nadhrah_Ara January 4, 2015, 1:44 am

    Hai, sy nak tanya soalan ni pd yang otai2 yang penah beli kat ALIEXPRESS.. sbb ni first time saya nak beli.. huaa,,, seram,, dup dap dup dap.. okay2, ni soalan saya :

    1. kalau bayar by debit card kan, kita mmg kena letak semua no yg kat depan kat kita tu kan ? betul tak ?
    2. kalau bayar by Western Union pulak ke syarikat Aliekspress yg kat Singapore tu, kena bayar jugak kan fees dia ikut rate fees kat website WU ? , latest one fees WU ke syarikat Aliekspress kat Singapore tu RM52, OMG mahal seyhhh…
    3. kalau guna FTT pulak, by maybank2u or cimbclicks, murah utk kita yg transfer ni, RM10 je, tapi ada pulak dah charge dr bank Singapore tu utk kita, yg ni kita kena bayar jugak ke ( pulak dah ? )
    4. in case barang tu dah sampai airport Malaysia ( shipping by ChinaMail apa ntah ) , barang kita tu sape yang incharge utk deliver sampai ke rumah kita ? pastu ada yuran tersembunyi lagi ke drp pihak yg tolong hantar ke rumah kita tu ?

    minta tolong dan penjelasan sangat drp otai2.. saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjuk kan..
    Terima kasih ! =)

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3