Assalamulaikum WBT. Semalam Adam bersama 11 rakan Reflector Studio telah mengadakan aktiviti riadah di Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong, Baling, Kedah. Aktiviti yang kali ke-3 dianjurkan ini adalah untuk merapatkan hubungan silaturahim sesama ahli. Perancangan selama 3 hari sebelumnya akhirnya terlaksana tanpa sebarang masalah.
Antara yang menyertai aktiviti ini ialah Adam, Fakhrul, Mat Arip, Amir, Cipun dalam Honda Civic BES2900 dan Epih, Che Din, Pandir, Yun, Man, Own dan Farid dalam Naza Ria KBM 2946.
Kami bertolak dari Kangar tepat jam 11 malam melalui jalan Alor Setar – Gurun sebelum melalui Sik untuk sampai ke Ulu Legong melalui Weng. Kami sempat singgah di Guar Cempedak untuk makan malam bagi mengisi tangki yang kosong. Kami memesan 12 pinggan kuetiau goreng telur mata dan teh tarik juga kopi o panas.
Sekitar jam 2 pagi kami tiba ke destinasi dan memulakan aktiviti rendaman badan ke dalam air panas. Kelihatan ramai pengunjung yang bertandang ke situ sejak kami datang dan kunjungan mereka tidak putus-putus. Dengan bayaran RM4 (telah naik RM1 sejak kunjungan pertama pada Jun 2008), kami amat berpuas hati dengan kemudahan asas yang telah disediakan.
Hampir 2 jam kami berendam dan sekitar jam 4 pagi kami bergerak pulang ke Kangar. Setibanya di Kangar mereka (Adam tidak termasuk) ke Market Kangar untuk bersarapan pagi. Seperti kebiasaan, diawal pagi jika diberi peluang untuk meminum teh tarik pasti akan menjadi sesuatu yang mengasyikkan. Selesai, kami semua bergerak pulang dan balik ke rumah masing-masing.
Objektif aktiviti tercapai dan kami semua dapat berkongsi cerita menarik disepanjang perjalanan. Tapi sayangnya komunikasi antara kereta terbatas kerana set radio Adam tidak mempunyai kuasa yang secukupnya untuk membuat transmit kerana kelemahan kuasa bateri.
Other articles you might like;
hang ahli kelab radio amatur malaysia ka..guna radio macam mana nih..aku tak paham lg la..hehe..
ya ya.
ahli marts perlis. call sign aku 9W2YPR.
untuk ang adib, nanti bila aku free aku buat intro ttg radio amatur ni.
dah lama aku nak buat, tapi takda kesempatan masa.
neway, selamat ari raya.
ok..yg tu terbaik…add aku….
flowerbunkus Y!M…lg satu…bt introduction camna aku nk join..modal paling sket brp…aku duk usha lama dah..tp tak dan lg la..tolong la..request post nih aku bt kat hg…
@adib
okeh. aku akan buat malam ni lepas selesai menghadiri jemputan kenduri ya. nantikan :D
best…menanti aku disini…