≡ Menu

Dokumentari: Bolatendang Malaysia

Harimau Malaya

Salam. Belum pernah lagi Adam berbicara mengenai sukan nombor satu di Malaysia iaitu bola sepak. Memang sebelum ini ada perancangan untuk menulis berkaitan Krisis Kewangan Persatuan Bola Sepak Perlis. Akibat masa yang tidak mengizinkan, Adam tangguhkan dulu hasrat tersebut. Sepatutnya posting ini berkaitan dengan Percutian ke Melaka dan kawasan sekitarnya, namun ditangguhkan dahulu untuk posting ini. Di sini ingin Adam kongsikan sebuah dokumentari yang mengisahkan perihal bola sepak Malaysia sejak belakangan ini.

Banyak isu yang dikupas dari pelbagai aspek antaranya kerajaan, FAM, pasukan, jurulatih, pemain dan penyokong pasukan tersebut. Belum ada yang pernah membuat rangkuman yang sehebat ini, jadi tontonlah. Kita semakin sedar bahawa Liga Super di Malaysia semakin malap. Sebagai sebuah liga bola sepak bertaraf professional, sepatutnya kualiti bola sepak di Malaysia setanding dengan liga-liga professional yang lain. Tidak perlu dibandingkan dengan Liga Perdana Inggeris, cukup dengan Liga J di Jepun atau Liga S di Singapura. Bagaimana cara pihak bertanggungjawab membangunkan bola sepak daripada akar umbi.

Larangan pemain import dalam aksi Liga Super 2009/2010 sama sekali telah menjunamkan prestasi pasukan-pasukan yang bertanding dalam Liga Super. Untuk makluman, Liga Super Malaysia adalah satu-satunya liga bolasepak professional yang melarang pasukan mengambil pasukan import untuk bermain bersama mereka. Memang ada yang mengakui kelebihan untuk tidak mengambil pemain import, tetapi kelemahannya tetap ada. Contohnya, tiada pertukaran ‘skills’ antara pemain tempatan. Umpama mereka bermain secara syok sendiri tanpa mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang sudah lebih berpengalaman seperti pemain import. Pasukan Liga Super Kedah umpamanya, yang telah menggondol tiga piala sekaligus pada musim lepas, kini tenggelam timbul di persada bola sepak Liga Super. Apa puncanya? Mungkin akibat terlalu kepada pemain-pemain import ini.

Other articles you might like;

12 comments… add one
  • Azah June 7, 2009, 1:11 pm

    o0o..
    bola..
    x minat den..
    hehe…

  • Adam June 7, 2009, 2:44 pm

    Azah: o0o..
    bola..
    x minat den..
    hehe…

    Tak apa kalau tak minat. Tapi kita kena sedar yang bola sepak Malaysia sedang tenat. Sangat-sangat tenat.

  • Azah June 7, 2009, 6:42 pm

    malaysia ada bola sepak ke?
    hahahaha…

  • Roslan Nazri June 7, 2009, 10:15 pm

    malaysia x macam dulu da.. politik mengatasi segala2 nya..

  • loq June 8, 2009, 3:35 am

    memang cun lah
    semua tu aku dah download
    hehe

  • beliamuda June 8, 2009, 12:47 pm

    sebab tu la ramai yang menyampah dengan bola sepak Malaysia ni…

  • Adam June 8, 2009, 2:38 pm

    Azah: malaysia ada bola sepak ke?
    hahahaha…

    Jangan sampai nanti suatu masa adik-adik kita tak tahu yang Pasukan Bolasepak Kebangsaan itu wujud.

    Harimau Malaya namanya.

  • Adam June 8, 2009, 2:39 pm

    Roslan Nazri: malaysia x macam dulu da.. politik mengatasi segala2 nya..

    Itu terjadi jika orang yang bukan mahir dalam sesuatu bidang mahu mengendalikan bidang yang dia tidak mahir itu. Dipolitikkan juga jadi satu punca masalah yang besar.

  • Adam June 8, 2009, 2:40 pm

    loq: memang cun lah
    semua tu aku dah download
    hehe

    VC ini memang cool. Belum ada yang berani mendedahkan hal seperti ini. Semoga lebih banyak Dokumentari seperti ini dihasilkan ;)

  • Adam June 8, 2009, 2:41 pm

    beliamuda: sebab tu la ramai yang menyampah dengan bola sepak Malaysia ni…

    Kenapa anak muda gemar memakai jersi MU dan Arsenal berbanding jersi Harimau Malaya? Tak cantik? Nike beb!

  • haritz July 1, 2009, 5:43 pm

    Aku tetap akan sokong team Malaysia dan Selangor walaupun team macam puk* mak sbb aku anak Malaysia dan Selangor. Kalau aku tak sokong takan org putih nak sokong.Cuma buat masa sekarang sokongan yang diberi kekalahan yang diterima. Seterok2 org Tonga main ditetap dia sokong team dia walau pun kena belasah sampai 10-0. Aku pernah tanya diorang. Kita sebenar takut malu, itu saja. Tu pasal ayng banyak jadi dayus dan penderhaka. Kau tak pelik ker lahir kat Malaysia sokong England, kalau org UK tau dia gelak guling2 sampai masuk lonkang. Seorang kawan aku org Uk cakap “U Malaysian betrayal your country by support others, U should be shame to your self’ aduh pedih beb!
    .-= haritz´s last blog ..Mesin ATM Tiada Note Kecil =-.

    • Adam July 1, 2009, 10:42 pm

      Kalau semua orang boleh berikan sokongan, memang itulah yang terbaik. Pasukan kebangsaan dan bolasepak Malaysia kini hampir tergadai kerana kita amat banggakan pasukan luar dan langsung tidak beri peluang kepada pasukan kebangsaan kita.

      Memang apa yang dicakap Mat Saleh tu, sendiri mau fikir la kan. Lahir di Malaysia, mahu sokong negara luar. Apa kita dapat? Mungkin la dapat hiburkan hati sebab pasukan yang kita sokong asyik menang. Tapi kita dah gadaikan bolasepak kita.

      Sokong MU, apa kita dapat? Sokong Malaysia — Malaysia Tanah Airku!

Cancel reply

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3