Tag: Harga Lesen Motor

  • Harga Lesen B Full di Lembah Klang

    Kalau ada yang nak berjinak jinak dengan bidang permotoran kuasa besar, syarat paling wajib adalah memiliki lesen B, atau bahasa mudah dipanggil B penuh atau B full.

    Ramai yang survey harga kat mana yang murah dan berbaloi. Sudah pasti tak ada jalan pintas kerana proses memiliki lesen B full ini mengikut piawaian ketat yang ditetapkan oleh JPJ.

    (more…)

  • Cerita Perbaharui Lesen

    Cerita Perbaharui Lesen

    Lesen Memandu

    Okay, hari ini 9 Syawal, sudahpun tiba di bumi Melaka sekitar tengahari tadi. Alasan kenapa Adam tidak memandu sepanjang 19 jam perjalanan dari Kangar – Ipoh – Cheras – Alor Gajah adalah kerana lesen memandu milik Adam telah terbatal pada 24 September lepas. Walau itu bukan alasan kukuh untuk memandu tanpa lesen, tapi itulah yang berlaku. Sedikit cerita mengenai konvoi ini – Adam, Epih, Pandir, Cedin, Fakhrul dan Jad menjadi ahli konvoi dengan dua buah jentera; Proton Wira dan Honda Civic. Fakhrul meninggalkan kami di Sungai Dua untuk ke Pulau Pinang dan Jad diturunkan di Ipoh. Di Ipoh, kami sempat bertemu Syafa, Nu’man dan Kiey. Selepas dua jam perjalanan, kira-kira 3 pagi kami tiba di Cheras. Sempat tidur beberapa jam di sana, kami bergegas ke Melaka pada tengaharinya.

    (more…)