≡ Menu

Belajar Kendali DSLR dengan SLR Camera Simulator

Online DSLR Simulator

Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi dengan DSLR, anda kini boleh mempelajari selok belok fungsi yang ada dalam DSLR secara simulator di Internet. Cameraism.com memperkenalkan SLR Camera Simulatorsimulator SLR dalam talian yang berasaskan Flash bagi memberi pendedahan fungsi SLR kepada anda.

Beberapa slider seperti keadaan pencahayaan, jarak, panjang fokal, ISO, aperture dan shutter speed yang boleh dilaraskan untuk mendapatkan gambar yang terang dan terbaik. Meter turut berfungsi bagi membolehkan anda mendapatkan bacaan seimbang di meter.

Terdapat tiga mod disediakan iaitu Shutter Priority, Aperture Priority dan Manual. Terima kasih kepada Cameraism.com yang memperkenalkan simulator ini. Para pengguna boleh belajar di sini terlebih dahulu tanpa membeli kamera atau belajar secara dalam talian bagi menjimatkan shuttercount ;)

Other articles you might like;

2 comments… add one
  • mas June 28, 2011, 11:31 am

    ,,salam,,sy nak mndlmi ilmu ftogrfi ni,,tp sy blom tau tntng fungsi2 dalam DSLR,,blh tlg ajarkan,,

    • Adam Roslan June 28, 2011, 2:02 pm

      Boleh. Nak mula dari mana. Tapi secara asasnya kena faham apa itu Shutter, Aperture, ISO dll. Gunakan simulator di atas untuk fahami kegunaannya. Atau rujuk entri saya yang lepas lepas dalam kategori Fotografi.

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3