Mungkin sudah tiba masa, timing belt Majesty pun putus. Keriangan yang diharapkan bertukar sugul apabila dalam kelajuan 80kmh, timing belt putus. Memikirkan satu kilometer sebelum sampai ke rumah, motor tersebut dituntun.
***
Memang sebelum ini, timing belt langsung tidak disentuh dalam sesi servis berkala, mungkin kerana terpencil perkara paling asas ini diabaikan. Bacaan meter menunjukkan 26k walaupun perlu ditukar setiap 20k. Benar, masanya sudah tiba.
Seperti biasa, jalan jalan survey motor untuk mencari alatganti kenderaan aneh ini. Satu di Awin harga dicadangkan sekitar 500. Mencari alternatif, Ah Meng Bee Eik Kangar mencadangkan ke Kim Motor Kangar. Pencarian berbaloi. Orang lama dalam servis motorsikal berkuasa tinggi dijumpai. Pengalaman mengendalikan beribu ribu jentera berkuasa tinggi sangat meyakinkan. Aura orang lama itu pasti akan menyihatkan Majesty.
***
Survey awal daripada En Shaiful (kini beliau telah menjual Kuda Putihnya dan bersara daripada dunia Majesty) untuk harga timing belt original Yamaha Majesty YP250 ialah sekitar RM320. Carian di Internet menemukan timing belt secondhand dijual pada harga RM75.
Tamat. Nantikan sambungan kisah baikpulih dan menggantikan timing belt dalam entri akan datang.
Posted with WordPress for BlackBerry.
Other articles you might like;