≡ Menu

Kesilapan Yang Membawa Solat Tidak Sempurna Dan Menjadi Batal

Di sini saya ingin berkongsi sedikit masalah solat yang menjadi punca solat tidak sempurna dan batal seterusnya solat yang kita kerjakan itu tidak sah. Masalah ini jika diteliti sebenarnya kita sudah mengetahuinya. Perkara ini berlaku kerana sedikit kesangsian sahaja dalam melakukan ibadat solat.

1. Berlaku dua jemaah

Sekiranya terdapat jemaah dalam satu masjid atau surau atau seumpamanya, kita tidak boleh membuat jemaah lain sehingga jemaah tersebut selesai solat.

2. Tak dapat rakaat

Biasanya masalah ini berlaku ketika imam sedang rukuk. Makmum yang hadir lewat ingin bersama imam yang sedang keadaan rukuk. Setelah makmum tabiratul ihram, makmum tidak perlu membaca surah al-Fatihah kerana telah ditanggung oleh imam. Makmum mestilah terus rukuk berserta toma’ninah ( tunggu sekadar subhanallah ) bersama imam. Sekira tiada dapat toma’ninah, rakaat tersebut tidak dikira.

3. Mengeluarkan suara dengan sengaja ( selain doa, zikir dan al-Qur’an )

Masalah ini sememangnya kita sudah tahu dari kecil lagi. Tapi, sedarkah bahawa berdehem dengan sengaja juga dikira mengeluarkan suara? Contohnya apabila kita ingin batuk atau lain-lain, kita membuat “ehem ehem” supaya batuk dapat dielakkan. Perkara seprti ini sebenarnya membatalkan solat kita. Kecuali pada rukun qauli yang wajib. Itupun hanya sekadar sahaja. Tidak boleh lebih.

4. Terlepas tiga rukun fi’li yang panjang

Masalah ini jarang diketahui oleh kita. Contohnya, makmum yang membaca surah al-Fatihah secara lambat akan ketinggalan bersama imam dalam rukun yang lain. Lebih mudah, imam telah rukuk ( satu rukun ), kemudian i’tidal ( dua rukun ) dan seterusnya sujud ( tiga rukun ). Namun makmum masih lagi belum selesai membaca al-Fatihah. Sekiranya imam melakukan satu rukun sahaja lagi iaitu duduk di antara dua sujud, maka batallah solat makmum tadi. Oleh itu, makmum haruslah membuat keputusan untuk mufaraqah (keluar daripada imam) atau terus sujud sebelum imam meneruskan rukun yang lain. Makmum yang terus sujud tadi tidak dikira rakaat pada rakaat itu.

5. Menanggung najis

Mungkin najis kita memang sudah tahu. Bagaimana pula dengan bangkai semut? Bangkai dikira najis. Sekiranya bangkai tersebut ada pada pakaian atau tempat solat, maka ia dikira menanggung najis. Tidak kira bangkai apa-apa, asalkan ia mati dikira bangkai. Tempat solat ialah bahagian yang terkena pada bahagian solat sahaja.

6. Niat keluar dari solat

Apabila kita niat keluar dari solat, maka batallah solat kita. Solat juga terbatal sekira kita niat mahu keluar sekira berlaku sesuatu. Contohnya, ketika sedang solat, tiba-tiba cuaca berubah menjadi mendung petanda mahu hujan. Oleh itu, kita berniat di dalam hati, ” kalau hujan, aku nak keluar dari sembahyang dan mahu mengambil pakaian aku di ampaian”. Jadi, sebenarnya solat kita sudah terbatal.

7. Bacaan tidak sah

Bacaan tidak sah di sini bukan hanya merujuk kepada tidak betul dari segi makhraj atau tajwid kerana itu sudah pasti tidak sah, tetapi masalah di sini ialah tidak membaca rukun qauli dengan betul. Ramai yang tidak perasan bahawa membaca adalah sekuang-kurangnya dengar di telinga kita sendiri. Sekiranya tidak dengar, maka itu hanya membaca dalam hati. Jika hujan lebat atau bunyi bising seumpamanya menyebabkan bacaan tidak dapat dengar, maka sekadar bacaan yang biasa kita baca sahaja.

Banyak lagi masalah yang dapat kita huraikan lagi. Semoga kita dapat menyempurnakan lagi solat kita dari masa ke masa supaya diterima oleh Allah. Belajarlah secara bertalaqi, kerana belajar dengan bertaqi lebih sahih ilmunya. Artikel ini hanyalah sekadar rujukan untuk kita semua. Diharap kita dapat mengambil mafaat sebaiknya daripada artikel ini.

Sumber: Kesilapan Yang Membawa Solat Tidak Sempurna Dan Menjadi Batal

Other articles you might like;

0 comments… add one

Leave a Comment

Papar entri terkini dengan Commentluv <3