
Bagi pengguna yang baru berjinak-jinak dalam bidang fotografi dengan DSLR, anda kini boleh mempelajari selok belok fungsi yang ada dalam DSLR secara simulator di Internet. Cameraism.com memperkenalkan SLR Camera Simulator — simulator SLR dalam talian yang berasaskan Flash bagi memberi pendedahan fungsi SLR kepada anda.
Beberapa slider seperti keadaan pencahayaan, jarak, panjang fokal, ISO, aperture dan shutter speed yang boleh dilaraskan untuk mendapatkan gambar yang terang dan terbaik. Meter turut berfungsi bagi membolehkan anda mendapatkan bacaan seimbang di meter.
Terdapat tiga mod disediakan iaitu Shutter Priority, Aperture Priority dan Manual. Terima kasih kepada Cameraism.com yang memperkenalkan simulator ini. Para pengguna boleh belajar di sini terlebih dahulu tanpa membeli kamera atau belajar secara dalam talian bagi menjimatkan shuttercount ;)

Leave a Reply